Wednesday, July 6, 2011

Selamanya Medan Ladang Hati

Kugiran : Si Pembantaiprinsip
Musik : Selamanya Medanladang Hati
Konsep : Terbang Melepak Di Ladang Hati
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Izinkan ku turunkan kau disini..Kerana aku mahu terbang ke
Medanladang hati

Tiada yang betul
Dan tiada yang hendak diperkatakan
Selamanya medanladang hati

Hidup ni mudah dengan menutup mata
Menganggap apapun sahaja dengan apa yang dilihat
Ia menjadi sukar untuk menjadi seseorang namun itulah ia
Aku tak beberapa nak kesah pasal tu

Izinkan ku turunkan kau disini..Kerana aku mahu terbang ke
Medanladang hati

Tiada yang betul
Dan tiada yang hendak diperkatakan
selamanya medanladang hati

Tiada siapa kurasa pada pendapatku
Maksudku ianya mungkin budiman atau jalanan
Yang kau tak mungkin tahu untuk mengenalpastinya, tapi tak mengapalah
Itulah yang aku fikir dan ianya tidaklah seteruk mana

Izinkan ku turunkan kau disini..Kerana aku mahu terbang ke
Medanladang hati

Tiada yang betul
Dan tiada yang hendak diperkatakan
Selamanya medanladang hati

Selalunya, tak kadang-kadang, rasanya itulah aku
Tapi kau tahu aku tahu bila ianya mimpi
Aku rasa aku tahu aku maksudkan 'Ya' tapi aku masih silap
Tanggapan itu lah yang aku tak setuju

Izinkan ku turunkan kau disini..Kerana aku mahu terbang ke
Medanladang hati

Tiada yang betul
Dan tiada yang hendak diperkatakan
Selamanya medanladang hati
Selamanya medanladang hati
Selamanya medanladang hati

No comments:

Post a Comment