Monday, May 30, 2011

RINDU KEKASIH MENGASIHANI

Kau mau Kenyang?
Mau Gumbira?
Mau Kehangatan?
Mau Istirehat?
Mau Cinta?

KETAHUILAH.....
Wahai DIRI...

Kenyang hanya LAYAK buat MEREKA yang LAPAR...
Gumbira hanya layak bagi mereka yang DERITA...
Istirehat hanya layak bagi yang KEPENATAN...
Cinta hanya layak bagi HATI yang KERINDUAN...

MAKA......

BerLAPARlah
BerSEDIHlah
Biarlah DERITA
Biarlah DINGIN
Berpenat-PENATlah
Dan Teruslah MERINDU

Kerana hari ini kan jadi semalam
Dan Tiada yang KEKAL dalam Kehidupan
Walau Bumi dan Seisi Langit Sekalipun

Ed
25 May 2011
1.14pm
K.L Central

Monday, May 23, 2011

KEINDAHAN KEBODOHAN

Konservatif dan keindahan kebodohan

Saya sebuah kebodohan

Saya suka keindahan dan keistimewaan pathos pragmantika kebodohan
Saya sering bodoh suka berfikir tentang fikir
Saya masih bodoh yang empirika dan utiliti hingga kini untuk esok
Estetika bodoh saya muncul dari persoalan remeh saya hingga kepada soal paling asas
Peringkat cermin pantul tulus ini membuka lagi rongga-rongga indahnya kebodohan saya
Kejujuran dasar yang menghasilkan pengetahuan material yang saya bodoh
Walau saya mencuba untuk menyukai kecantikan bathos pandai
Namun mental disorder atau skitzo saya, obses dengan morphologi kecantikan bodoh
Bagaimana stimulasi saya memperoleh ethos kebodohan yang tetap

Dengan bodoh saya misterius
Dengan bodoh saya sering merasa terhina
Dengan bodoh saya takut dipuji
Dengan bodoh saya rasa tidak berkemampuan
Dengan bodoh saya tak cukup daya
Dengan bodoh saya rasa marah lalu rasa bersalah
Dengan bodoh saya tak mahu kemenangan
Dengan bodoh saya sukar berkembang
Dengan bodoh saya tidak layak mengeluh
Dengan bodoh saya tidak arif alpha dan omega
Dengan bodoh saya cuba melawan lumpuh dan buta
Dengan bodoh saya kolot
Dengan bodoh saya tidak berjaya
Dengan bodoh saya tidak gagal
Dengan bodoh saya sentiasa bawa beban berat
Dengan bodoh saya sering konsisten
Dengan bodoh saya takut dapat popular
Dengan bodoh saya tidak besar
Dengan bodoh saya tak penuh
Dengan bodoh saya takutkan pertandingan
Dengan bodoh saya mahu bernafas
Dengan bodoh saya banyak salah
Dengan bodoh saya sering lari, dari jalan
Dengan bodoh saya takut berlebih-lebih
Dengan bodoh saya tahu saya lemah
Dengan bodoh saya tidak tahu bermain catur
Dengan bodoh saya tidak cuba untuk tidak senyum
Dengan bodoh saya tidak akan manja
Dengan bodoh saya menghargai orang pandai
Dengan bodoh saya sering bergantung
Dengan bodoh saya bersama rakan senasib seangkatan
Dengan bodoh saya tidak mungkin lebih pandai
Dengan bodoh saya lemah membuat kesimpulan
Dengan bodoh saya cemburu dengan bestari
Dengan bodoh saya sering lupa nama tokoh penting
Dengan bodoh saya hanya tekun apa yang disampaikan tokoh itu
Dengan bodoh saya lemah dengan perkiraan
Dengan bodoh saya tunduk

Saya belajar menghargai kebodohan saya
Saya tidak membenci kepandaian saya
Saya melihat penghargaan bodoh ini sebagai keindahan
Saya bodoh kerana saya memang macam ni
Saya berharap saya tidak berubah jika saya pandai

Saya takut dikelilingi budak-budak pandai
Saya yang bodoh ini tak mahu dihasut
Saya bodoh dan meminta maaf
Saya maafkan juga yang bodoh dan yang pandai
Saya harapkan bodoh ini kekal seleranya

('',) KATAKANLAH

betapa hikmahnya KATA-KATA....
buktinya terbukti pada yang hendak ber-fikir-kan soal kata
tiada paksaan juga tetap-an, hanya kata-kata
kata orang lagi....
orang pandai bermain kata ni lidahnya bercabang
semua orang bermain kata lidahnya bercabang ???. ('',)

kata dalam erti kata lain 'signal' yang boleh difahami manusia membawa maksud....
cakap atau bahasa atau ceciter (x3)
atau terpulang mengikut cita-rasa terhangat di pasaran
katakan sahaja apapun maksud kata 'itu' mengikut kata memasing
TERMA-TERMA masih boleh digunapakai demi kepentingan kata-kata
PENTING-kah kata-kata ???. (--,)

cuba lakukan aktiviti bandingan atau kata omputeh - COMPARISON....
kata-cakap-bual-borak-sembang-gurau-tipu-TIPU SUNAT?
-ilham-syarah-kongsi-sampaikan-ingatkan
semua idea kata ini seakan sama
tetapi memainkan peranan tertentu mengikut keadaan tertentu
cuma ibunya masih tentang IDEA 'kata'. (^^_)

cuba-cuba menyiasat tentang kata
kata memperlihatkan keadaannya
kata sebagai penampakan-penandaan-pembuktian
per-tunjukan manusia sebagai peng-fikir kemudian bertindak mengikut sistem kata
kata hati, kata mata, kata mati, kata dusta, kata orang buta, katakan,
senikata, dan yang seangkatan dengan kata. (xx.)

bila sedang berfikir...proses ini boleh diMELAYUkan
sebagai kata hati (idea-sangka-rasa-lambang)
kata jenis ini tidak dapat diSALURkan kepada orang lain, hanya diri sendiri
kecuali adanya golongan-golongan MUTAN seperti Prof. Charles X-xavier
adanya orang seperti xavier....mungkin ada tetapi jarang
sangkalan berlaku pabila cuba menidakkan hati
BAGAIMANA yang berlaku bila ber-kata-kata???. ('',)

sementara kata, bila ingin dikongsi kata mula menjadi bahasa kemudian di'vokal'kan
kemudian dibudayakan supaya kata disepakatkan oleh...
kumpulan-bangsa-kaum-komuniti-masyarakat-spesis
kata menjadi latihan vokal beramai-ramai....
seramai mana anggota kelas vokalis ini, itu yang kita tak tahu
bergantung definisi jumlah untuk dijeniskan kelompok yang mana satu. (<
demi kata yang ingin dikongsi berhasil dan mendatangkan hasil
semakin banyak kata mula dibukukan, dikamuskan, dihakmilikkan, diloghratkan,
dijenama dan menjadi identiti mengikut 'gua' masing-masing
semakin kata dijadikan budaya 'pop'...
semakin 'pop' digayakan...
semakin-makin 'pop' hikmah kata-kata insan...('',)

kata menjadi sastera tersendiri pujangga-pujangga dunia di planet bumi ini
katanya sastera itu SENI, kesenian kata-kata sastera-lah itu...
logika-metafora-rethorika-romantika-semantika-semiologika-epistemologika
-ontologika-axiologika-kuantumotika-hologramanika-manifestatika dan etika2 lelain
fenomena rangkaian 'ini' maju-mundur kerana seni itu katanya halus
terhasil juga dari halus kata-kata..('',)

di planet bumi manusia adalah pemikir atau pemujangga
mungkin di planet ANTARES atau Musytari, persoalan kata belum pernah diperbincangkan
keADAan kata-kata menarik perhatian keinginan SEMENTARA
kerana di atas permukaan bimasakti bumi semua orang sudah berkata-kata
kerendahan hati memecah kata bila ada pula KALAM...(--_)

kerendahan hati muncul bila muncul tindakan melihat-terlihat kehinaan kata
kata atas kesementaraan kata dari atas ketetapan kata
kata dari kelemahan mahu menuju ke-LENGKAP-an
kata tak mungkin berdiam selagi kata belum 'DIAM'
kata yang mungkin dijudikan untuk mencapai kayangan
katakan-katakan-katakan-katakan-katakan.... (==)

hikmahnya kata pada kata kita manusia
kebarangkalian kata yang senantiasa membawa keterbukaan
keterbukaan lapangan terbentang luas yang takkan penuh
dambakan kata damai pintu alam kata seru
lindungi kata-kata ;INI; dari tergelincir jauh..(**)

Sunday, May 22, 2011

HARAPAN

Khayalan-palsu-minta2an-mahu-impi-mimpi

Jangan sekali-kali terbukak mimpi yang bukan milik kita. Kayangan itu apa? atau lebih enak kenapa? atau bukan SOALANnya......Hari ini sekawanan orang bercerita soal DEMAND....apa yang di minta, samada dari orang lain atau diri, lalu diselingkan dengan sifu jauh tapi dekat ada bercerita ...FIKIR-KATA-BUAT....kami sering di kelilingi kepompong Melaka 'plastik'...ke'melayu'an sederhana sejahtera atau maju mundur....masih menjadi bualan tiada daya meja kedai kopi itu.....kerana tiada status atau berstatus bujang mungkin???Cuba mulakan daya gaya baharu sejahtera mungkin...

Cermin yang baik itu soal jujur dalam semangat MARUAH....berfikir, berkata, lalu bertindak...berpijak di bumi nyata -langit tinggi sekali, dekat dihati - jauh kat sana, anak di rumah mati kelaparan - beruk belaan makan selipar orang lalu lalang, ikan di laut - asam boi aiskrim seposen.....cantik semua itu disusun atas kedai kopi oleh remaja ini....yang menyedapkan lagi adalah kata bujang lapok..." pasai tahi pun mau gadoh ka? kasi angkat cuci sudah la, aiyo macha,sudah pukul berapa ni, kasihan la sama orang lain, mau berseloka juga, bukan mau terpaksa layan wayang lu" (sori tambah2an tapi seakan2)....topik sepinggan semeja masih berharaps plastik boleh merubah diri menjadi kamen raider atau baja hitam...

Metafora-an, sastera-an, bahasa-an, tanda-an, seni-an, ilmu-an....maju mundur ini seling berkait-an.....ketinggalan beberapa detik sering menjadi trade mark sepinggan semeja remaja kedai kopi ini....namun masih ADA HARAPAN???? Daya selemah bayi baru sebulan tapi sudah mahu kerja buruh kasar....bagus tapi kurang keADA-annya tu....Tapi inikah harapan sepinggan semeja di kedai kopi....sia-sia??? TAK MUNGKIN....

Wednesday, May 11, 2011

Factotum

i don't know why?
i'm so gullible with all the noise
living in an empty world
im ok im alright
my body on the line
sending a letter
is so jealous
is so silent
lucky or not
dont look suprised
remember to rocognized with the eye
this is people business
and the abuse
without tear in the eye
so im so plain
silently
denial
obsess
so we talk about ourself
so sure
out of the way

Cover by ED

Fantasikip The Movie
(COMING SOON)

Barisan ini dimulai dari kiri, Safri Skung, Asyraf Woppodei, Acap Sinclare, Shukor Mountain, Roger Ishulk, El-Maliko, dan Yazirobel. Mengisahkan tujuh orang anak muda pembawa 7 semangat sakti meredah gelora jiwa di dalam arus kebesian masing-masing. Kerakusan jiwa muda bermula dari impression masing-masing menemukan mereka semua pada dasar sure-realist yang begitu abstrak di dalam alam Fantasikip The Movie ini. Dunia yang semakin sepi dijadikan medan onar sebagai social realist berbanding zaman yang semakin sosialis realis ini. Berkisarkan sekitar garis putus-putus membentuk warna illustrasi menjadi jalinan yang konkrit. Mereka adalah simbol kepelahapan manusia kini yang semakin postmo-term dan modernize.

Safri Skung membawa watak Tanpa Nama iaitu adika bongsu yang senantiasa mendapat perhatian ketika melakukan beberapa propaganda isu semasa, manakala Asyraf Woppodei sebagai Penjejak Angkasa, seorang peniup sangkamala Scotland yang begitu memukau, watak remaja ‘cool’ dipegang oleh Acap Sinclare iaitu Serigala Merah sebagai adika berspeda merah. Watak Penduga Arus disandang oleh Shukor Mountain iaitu sebagai pendorong misteri kepada semua arus seperjuangan. Seterusnya watak Sang Helang, iaitu Roger Ishulk sebagai adika yang paling tangkas diantara ketujuh-tujuh pejuang ini. Penjejak Badai di bawa oleh El-Maliko dan seterusnya Penjejak Awan oleh Yazirobel. Kedua watak terakhir ini menguasai awanbadai membaham perjuangan yang tak sudah.

Apa yang menarik berkenaan filem ini adalah bagaimana kemampuan manusia untuk menangkap dan menafsir still life ketujuh-tujuh watak yang sering memerlukan ini. Sepertimana kesan warna panas dan warna sejuk di dalam sesebuah visual fantasi. Jarak isipadu jalinan menjadi taruhan penting di dalam filem ini. Kedudukan latar hadapan, latar tengah, dan latar belakang yang begitu eksperimental diinstallasikan di dalam filem jenis avant garde tak seberapa ini. Gen kontra yang tidak henti-henti menjanjikan aksi ‘pop’ yang tidak menghampakan para penonton. Soal kasi pecah perut bukan tujuan keharmonian satira yang ingin disampaikan. Gadis Cetakan Sutera Saring bersama pembantunya LithoMitobab 1 bukan musuh yang merbahaya pada ketujuh-tujuh adika ini, namun kemunculan Jairam Poniwang iaitu pemimpi penakluk bumi yang sangat berkuasa jurus falsalafiah penting diri.

Penonton dijanjikan dengan lagak eksen tak henti-henti sampai filem berhenti bagi mengisi masa terbuang walaupun mendapat kuaci percuma peket besar jenama Reney Deskarat. Konsumeristo adalah kepala rancangan filem ini dibuat mengikut pra-pasaraya fenenenisme dan bukannya atas dasar kepentingan kependedekan dan kebudeyyaan. Penggunaan media baharu berteknologi tinggi yang menelan belanja Dollar Malaysia (DM 714.70 sen) dan prop gelanggang pentas terhebat untuk abad ini. Maklum balas dari penggiat-penggiat pencinta STAR mengatakan mereka amat merujakan diri mereka tapi tidak filem tersebut (Director salah majlis). keMARAan anak-anak muda didalam menyumbagkan visualdeo ini adalah satu peluh kecil yang perlu mereka banyak perbaiki lagi dan langsung diharamkan mendabik dada walaupun untuk menarik nafas panjang.

Harapan filem ini adalah agar para-para penengok dapat menghargai kerusi-kerusi yang diberi agar tidak dilempor kuaci paket besor Deskarat yang diberi percuma ke merata-rata tempat. Unsur-unsur aesthetipsikoantu LOGI ini janganlah terlampau berat sebelah punggung tangan garu-garu kemudian sorok. Kerana akibatnya nanti sesama karyawan tidak sihat lagi kejernihan dahi mereka-mereka. Dan sekiranya itu berlaku maka makin banyaklah seniawan-seniawan jendolan yang sememangnya sudah ramai kauntitinya kini.

SEDERHANA itu SEJAHTERA

Kita bertolak dari bersoal-soal....simbol, lambang dan tanda??

Biasanya kita suka menjawab,hendak menjawab,...memang itu keperluan namun bukan kepastian

Jawapan walau fakta mana sekalipun namun ia sering diselitkan emosi (dasar pengaruh perasaan) @ agenda

Nikmat bila tahu me'rasa'...bagaimana pula idea tentang rasa ini?

Tapi kita sering lupa

Betapa sistematiknya sistem yang sudah lama berada dalam sistem dan matiknya (quantum)

Fizika juga metafizika....tenaga kembang kencup formula fikiran, ingatan, sangkaan dan pemahaman

Alpa sering dijadikan 'escapism' mengelak diri dari tunduk ke bawah

Selesa bila 'diri' dapat 'menjawab'....positifnya ada, begitu juga negatif cth:mengalah tak beerti kalah

Namun jarang di lihat dimana manfaat perjuangan masing-masing ITU..

Setiap idea atau buah pendapat mempunyai lorong-lorong dan patut diletak pada tempatnya

Bukan pada kata geliga hanya untuk menjawab jawapan JAWABAN itu

Sistem masa...ada mula, sedang (ketika) dan seterusnya

Jadi menjadi tanggungjawab insani meletakkan JAWABAN tadi pada tempatnya

'Rasa' tentang semalam, tadi, sekarang, esok, dan lusa

Menjadikan rasa yang sama tapi tidak sama pada masa yang sama

Kebijaksanaan tidak dapat dikongsi...hanya pengetahuan yang dapat dikongsi

Kebijaksanaan hanya dapat di 'rasa'

Dilihat dengan 'hati' dan bukan 'rasa'

Setidak-tidaknya membawa kita pada 'keseimbangan' supaya tidak alpa lagi

Kerana mahu bertanggungjawab dan berusaha menidakkan 'escapism'

Keseimbangan bolah muncul dari hati....juga dapat menghasilkan keadaan:

Keterlebihan-keterseimbangan-keterkurangan

Jika idea adalah sesuatu ketidakpastian, maka kepastiannya dapat diperoleh dari fizika (tindakan)

melalui pembuktian bukti fizika kepada metafizika untuk dibuktikan....tidak terkecuali kebenaran

Hormat menghormati adalah manfaat yang dapat dimanfaatkan pada setiap pengetahuan ini

Maka sentiasa berfikir tiada yang tidak tahu lagi apa itu idea

Cuma sejahteranya menjadi harapan tunggak impian semua

PERJUANGAN....dari mana datang idea ini

Maka berfikir.....ia dari 'hati' atau dari 'rasa'

Apapun PENJAWABANNYA masih sederhana dan sejahtera impinya

Jika sebegini mungkinkah memilih jalan selamat bukan kerana 'escapism' atau tiada pendirian

Tetapi soal mula (azam/pendirian) tengah (perjuangan) dan akhir (harapan) = TANGGUNGJAWAB

Samada mahu jawab tetapi tidak mahu tanggung atau sebaliknya

Segala tanggungan yang pernah ditanggung diperjawabkan

Tuntutan apakah itu?

Manusia inginkan sejahtera pada penutupnya kerana itu adalah rangkaian dari proses harapan

Soal 'extreamist' itu sudah ada contoh yang semakin banyak sepertimana semakin banyaknya jawapan jawaban

Persoalannya... mahu melihat dengan 'hati' atau 'rasa'

apapun MAAF sering menjadi pinta 'hamba' dan juga pintaan tahu-tahuan itu

i wondering that you know that i know that you know that i know- respect that balance

TERATAI 5