betapa hikmahnya KATA-KATA....
buktinya terbukti pada yang hendak ber-fikir-kan soal kata
tiada paksaan juga tetap-an, hanya kata-kata
kata orang lagi....
orang pandai bermain kata ni lidahnya bercabang
semua orang bermain kata lidahnya bercabang ???. ('',)
kata dalam erti kata lain 'signal' yang boleh difahami manusia membawa maksud....
cakap atau bahasa atau ceciter (x3)
atau terpulang mengikut cita-rasa terhangat di pasaran
katakan sahaja apapun maksud kata 'itu' mengikut kata memasing
TERMA-TERMA masih boleh digunapakai demi kepentingan kata-kata
PENTING-kah kata-kata ???. (--,)
cuba lakukan aktiviti bandingan atau kata omputeh - COMPARISON....
kata-cakap-bual-borak-sembang-gurau-tipu-TIPU SUNAT?
-ilham-syarah-kongsi-sampaikan-ingatkan
semua idea kata ini seakan sama
tetapi memainkan peranan tertentu mengikut keadaan tertentu
cuma ibunya masih tentang IDEA 'kata'. (^^_)
cuba-cuba menyiasat tentang kata
kata memperlihatkan keadaannya
kata sebagai penampakan-penandaan-pembuktian
per-tunjukan manusia sebagai peng-fikir kemudian bertindak mengikut sistem kata
kata hati, kata mata, kata mati, kata dusta, kata orang buta, katakan,
senikata, dan yang seangkatan dengan kata. (xx.)
bila sedang berfikir...proses ini boleh diMELAYUkan
sebagai kata hati (idea-sangka-rasa-lambang)
kata jenis ini tidak dapat diSALURkan kepada orang lain, hanya diri sendiri
kecuali adanya golongan-golongan MUTAN seperti Prof. Charles X-xavier
adanya orang seperti xavier....mungkin ada tetapi jarang
sangkalan berlaku pabila cuba menidakkan hati
BAGAIMANA yang berlaku bila ber-kata-kata???. ('',)
sementara kata, bila ingin dikongsi kata mula menjadi bahasa kemudian di'vokal'kan
kemudian dibudayakan supaya kata disepakatkan oleh...
kumpulan-bangsa-kaum-komuniti-masyarakat-spesis
kata menjadi latihan vokal beramai-ramai....
seramai mana anggota kelas vokalis ini, itu yang kita tak tahu
bergantung definisi jumlah untuk dijeniskan kelompok yang mana satu. (<)
demi kata yang ingin dikongsi berhasil dan mendatangkan hasil
semakin banyak kata mula dibukukan, dikamuskan, dihakmilikkan, diloghratkan,
dijenama dan menjadi identiti mengikut 'gua' masing-masing
semakin kata dijadikan budaya 'pop'...
semakin 'pop' digayakan...
semakin-makin 'pop' hikmah kata-kata insan...('',)
kata menjadi sastera tersendiri pujangga-pujangga dunia di planet bumi ini
katanya sastera itu SENI, kesenian kata-kata sastera-lah itu...
logika-metafora-rethorika-romantika-semantika-semiologika-epistemologika
-ontologika-axiologika-kuantumotika-hologramanika-manifestatika dan etika2 lelain
fenomena rangkaian 'ini' maju-mundur kerana seni itu katanya halus
terhasil juga dari halus kata-kata..('',)
di planet bumi manusia adalah pemikir atau pemujangga
mungkin di planet ANTARES atau Musytari, persoalan kata belum pernah diperbincangkan
keADAan kata-kata menarik perhatian keinginan SEMENTARA
kerana di atas permukaan bimasakti bumi semua orang sudah berkata-kata
kerendahan hati memecah kata bila ada pula KALAM...(--_)
kerendahan hati muncul bila muncul tindakan melihat-terlihat kehinaan kata
kata atas kesementaraan kata dari atas ketetapan kata
kata dari kelemahan mahu menuju ke-LENGKAP-an
kata tak mungkin berdiam selagi kata belum 'DIAM'
kata yang mungkin dijudikan untuk mencapai kayangan
katakan-katakan-katakan-katakan-katakan.... (==)
hikmahnya kata pada kata kita manusia
kebarangkalian kata yang senantiasa membawa keterbukaan
keterbukaan lapangan terbentang luas yang takkan penuh
dambakan kata damai pintu alam kata seru
lindungi kata-kata ;INI; dari tergelincir jauh..(**)
No comments:
Post a Comment