(COMING SOON)
Barisan ini dimulai dari kiri, Safri Skung, Asyraf Woppodei, Acap Sinclare, Shukor Mountain, Roger Ishulk, El-Maliko, dan Yazirobel. Mengisahkan tujuh orang anak muda pembawa 7 semangat sakti meredah gelora jiwa di dalam arus kebesian masing-masing. Kerakusan jiwa muda bermula dari impression masing-masing menemukan mereka semua pada dasar sure-realist yang begitu abstrak di dalam alam Fantasikip The Movie ini. Dunia yang semakin sepi dijadikan medan onar sebagai social realist berbanding zaman yang semakin sosialis realis ini. Berkisarkan sekitar garis putus-putus membentuk warna illustrasi menjadi jalinan yang konkrit. Mereka adalah simbol kepelahapan manusia kini yang semakin postmo-term dan modernize.
Safri Skung membawa watak Tanpa Nama iaitu adika bongsu yang senantiasa mendapat perhatian ketika melakukan beberapa propaganda isu semasa, manakala Asyraf Woppodei sebagai Penjejak Angkasa, seorang peniup sangkamala Scotland yang begitu memukau, watak remaja ‘cool’ dipegang oleh Acap Sinclare iaitu Serigala Merah sebagai adika berspeda merah. Watak Penduga Arus disandang oleh Shukor Mountain iaitu sebagai pendorong misteri kepada semua arus seperjuangan. Seterusnya watak Sang Helang, iaitu Roger Ishulk sebagai adika yang paling tangkas diantara ketujuh-tujuh pejuang ini. Penjejak Badai di bawa oleh El-Maliko dan seterusnya Penjejak Awan oleh Yazirobel. Kedua watak terakhir ini menguasai awanbadai membaham perjuangan yang tak sudah.
Apa yang menarik berkenaan filem ini adalah bagaimana kemampuan manusia untuk menangkap dan menafsir still life ketujuh-tujuh watak yang sering memerlukan ini. Sepertimana kesan warna panas dan warna sejuk di dalam sesebuah visual fantasi. Jarak isipadu jalinan menjadi taruhan penting di dalam filem ini. Kedudukan latar hadapan, latar tengah, dan latar belakang yang begitu eksperimental diinstallasikan di dalam filem jenis avant garde tak seberapa ini. Gen kontra yang tidak henti-henti menjanjikan aksi ‘pop’ yang tidak menghampakan para penonton. Soal kasi pecah perut bukan tujuan keharmonian satira yang ingin disampaikan. Gadis Cetakan Sutera Saring bersama pembantunya LithoMitobab 1 bukan musuh yang merbahaya pada ketujuh-tujuh adika ini, namun kemunculan Jairam Poniwang iaitu pemimpi penakluk bumi yang sangat berkuasa jurus falsalafiah penting diri.
Penonton dijanjikan dengan lagak eksen tak henti-henti sampai filem berhenti bagi mengisi masa terbuang walaupun mendapat kuaci percuma peket besar jenama Reney Deskarat. Konsumeristo adalah kepala rancangan filem ini dibuat mengikut pra-pasaraya fenenenisme dan bukannya atas dasar kepentingan kependedekan dan kebudeyyaan. Penggunaan media baharu berteknologi tinggi yang menelan belanja Dollar Malaysia (DM 714.70 sen) dan prop gelanggang pentas terhebat untuk abad ini. Maklum balas dari penggiat-penggiat pencinta STAR mengatakan mereka amat merujakan diri mereka tapi tidak filem tersebut (Director salah majlis). keMARAan anak-anak muda didalam menyumbagkan visualdeo ini adalah satu peluh kecil yang perlu mereka banyak perbaiki lagi dan langsung diharamkan mendabik dada walaupun untuk menarik nafas panjang.
Harapan filem ini adalah agar para-para penengok dapat menghargai kerusi-kerusi yang diberi agar tidak dilempor kuaci paket besor Deskarat yang diberi percuma ke merata-rata tempat. Unsur-unsur aesthetipsikoantu LOGI ini janganlah terlampau berat sebelah punggung tangan garu-garu kemudian sorok. Kerana akibatnya nanti sesama karyawan tidak sihat lagi kejernihan dahi mereka-mereka. Dan sekiranya itu berlaku maka makin banyaklah seniawan-seniawan jendolan yang sememangnya sudah ramai kauntitinya kini.
No comments:
Post a Comment