Tuesday, June 21, 2011

DIMENSI KESEBELAS

Kugiran : Julian Si Blanka
Album : Cakap Budak Kecik
Musik : Diemensi Kesebelas
Konsep : Gentar Dengan Robot Bersayap
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Ku cuma menggangguk, ku tak pernah pandai dalam berjabat tangan
Ku terus bernafas di dalam permukaan beku bebolaberapi
Dimana kotanya bersatu, membenci sesama mereka adalah sukan
Amerika, bukanlah apapun dari apapun
Ku memandangmu tapi kau ingat aku memandang ke lain

Dan kau mendengar apa yang kau mahu dengar
Dan mereka mengambil apa yang mereka mahu ambil
Janganlah bersedih, takkan berlaku sebegini lagi
Pabila ia muncul? Inilah kehidupan dan perubahan hebat yang ingin ku sertai
Amaran di sini
Keyakinanmu harus lebih hebat dari ketakutanmu

Maafkan mereka walau mereka tidak meminta maaf itu
Setiap burung hering, menggila menunggu bertenggek
Carilah suara hatimu, janganlah gentar
Ia kan membawa kau melihat di dimensi yang lain

Rendahkan pembelaanmu, kau takkan selalunya bijak
Ku penuhkan kepalaku dengan pengisian
Aku perlu melihat sesuatu yang segar segera
Dan janganlah kau segan, tidak, setidak-tidaknya secara sengaja
Tiada siapa lagi yang pedulikan atau memikirkan kenapa lagi
Oh kupunya getaran jiwa, muncul dari belaian dan perjalanan dan kasih sayang
ooowwwuuu...

Sebegitulah sebagaimana ianya pernah berlaku
Berlarilah bersama-sama Sang Pemimpi

Maafkan mereka walau mereka tidak meminta maaf itu
Setiap burung hering, menggila menunggu bertenggek
Kita terlalu mudah menunding jari kepada kesilapan orang lain
Merumitkan, manusia seperti mesin berkepak
Jika kau mempercayai dunia itu kau takkan mempelawaku
Jangan fikir sebegitu lagi, tujulah kemuncak, maka tahulah apa yang perlu dilakukan

btr 3 p.m.

MERBAHAYANYA TIKUS DAN GADIS KECIL BERKUDA YANG BERSERI

Kugiran : Julian Si Blanka
Album : Cakap Budak Kecik
Musik : Merbahayanya Tikus dan Gadis Kecil Berkuda yang Berseri
Konsep : Kehilangan Gadis Kecil Kuat Membebel
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Kau ditipu-daya oleh orang yang inginkan mereka kelihatan bijak
Mereka berkeyakinan walaupun tenggelam di dalam arah yang gelap
Cuma orang yang berfikiran kebudakan yang cakapnya besar
Tujuh perihal dan pertanyaan kehidupan akan dikemukakan
Bahagianya dikasehi ianya takkan terlambat
Aku mahu membahagikan makananku tapi kau curi pingganku
Jadi sekarang, jadi sekarang ikutlah cara kau itu...huh

Wahai gadis kecil yang kuat membebel
Tunjukkan mereka apa itu kaseh dan sayang
Di mana masa pergi berlalu?
Dimana-mana pun ia telah hilang, hilang, hilang

Kau tahu tujuannya sekarang
Kau tonjolkan dirimu di dalam kawasan itu
Kau berkuasa sekarang
Kerana mereka mengingatkan kau gambarannya bagaimana sekarang
Namun kau masih mentah dan aku tak muncul lagi
Jika kau fikir aku tahu sedikit lebih dari itu
Maka keseluruhan mereka di jalanan adalah tidak betul
Dahulu aku mengong seperti dungu, tidak mendengar nasehat orang
Kau tahu aku cuma mahu berseronok, pergi kepantailah, kawan
Begitulah aku, aku cuma arjuna sederhana yang bercakap bila
Kau letak mikrofon di depan dia

Wahai gadis lincah yang suka membebel
Tunjukkan mereka apa itu kehidupan ini
Di mana masa telah berlalu?
Dimana-mana pun ia telah hilang

Berlari meninggalkan hubungan sesama insan
Pergi dalam putaran itu dan aku dah tak boleh tunggu
Terus berlari maka kita dapat gambarannya
Dapat gambarannya kerana kita tak dapat menafikannya

Terus berlari kerana aku sudah terlewat
Ye ke tidak, aku masih di tempat yang sama
Berlari dalam lingkaran hubungan sesama insan
Terus berlari daripada selok-belok tersebut

Dunia ini selalu merujakan tentang seberapa berjaya kejayaan kamu
Tapi tidak pula pada bagaimana kamu berjaya, amat menganehkan
Bunyinya agak mengagumkan dari panggilan bimbitmu
Membunuh jiran sebelah menyebelah bersama tulang dan ternakan mereka

Wahai gadis kecil yang kuat membebel
Tunjukkan pada mereka apa itu ketawa
Kemana hilangnya kemabukan itu?
Setiap malam ia menghilang

Kau pula pastikan ianya berhasil
Kau perlekehkan si gadis kecil
Tunjukkan pada mereka apa itu keperitan
Di mana masa telah berlalu?
Setiap malam ia telah hilang, hilang, hilang

Kaulah gadis paling selambe di dalam pekan ini
Ku cuma mahu berarak bersamaku mengeliligi.......

btr 10 a.m.

UNTUK KALI TERAKHIR

Kugiran : Si Pelik
Album : Isi Dalam Isi Luar
Musik : Untuk Kali Terakhir
Konsep : Kita Pernah Kalut
Edit: jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

-------------------------------------------------------

Boleh tak jika ku memelukmu buat kali terakhir
Untuk menawan ketakutan yang membelenggu mindaku
Ku tahu ku membuatkan kita begitu bersalah
Kutahu ku tak selalu teguh semuanya

A, B, C, D, E, F, dan G
Oh itu mengimbaukanku tika kita begitu bebas
sebelum meneruskan perjalanan kan kita tangisi
Kenanglah studio itu tika kita berfikir kita begitu semangat

Kita pernah berkaseh di setiap sudut
Marilah bersama, kembali kesana
Kini ku sukar mengingati bagaimana
Sebelum menemuimu aku tidak berkeyakinan

Boleh tak jika ku memelukmu buat kali terakhir
Untuk menawan ketakutan yang membelenggu mindaku

SEKALIAN

Society

Kugiran : Eddy Veddar
Album : Meredah Alam Liar
Musik : Sekalian
Konsep : Yippieyayyieyyepeyeynandey
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Menjadi misteri padaku
Kita punya kerakusan
Sepertimana yang pernah kita persetujukan

Lalu kau mahu memaksa sebegitu
Inginkan lebih dari apa yang kau perlu
Hinggakan kau kaut semuanya
Kau tidak mahu lepaskan

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku

Bila kau mahu lebih dari apa yang ada
Kau fikir kau perlu
Dan bila kau mahu lebih dari yang kau mahu
Fikiranmu mula rakus

Ku fikir ku perlu mencari ruang yang lebih
Kerana bila kau memiliki
Lebih dari yang kau fikir
Kau perlukan ruang lagi

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku

Pada mereka yang memikirkan yang biasa-biasa
Biasa-biasa lah lebih biasa
Namun jika ianya biasa-biasa
Bagaimana kau mahu terus menonjol?

Maksudkanlah setiap apa yang kau masukkan
Akan menurunkan statusmu
Lihat dari kamu berada di atas
Kau pula tidak buat sebegitu

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku

Sekalian
Kekasihanilah aku
Janganlah kau memarahiku
Jikaku tidak mempersetujuimu

Sekalian
Nafasmu berdengus kencang
Ku harap kau tak kebosanan
Di sisimu tanpaku...

PEMABUKAN DUNIA

Kugiran : Gary Jules
Album : Kegilaan
Musik : Pemabukan Dunia
Konsep : Lucusedih
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Semua disekelilingku berwajah selalunya
Ditempat kebiasaan
Bermuka kebiasaan
Gembira dan berlumba-lumba seawal hari
Tak kemana-mana
Tak kemana-mana
Air mata mereka memenuhi kacamata
Tiada luahan rasa
Tiada luahan rasa
Sorokkan kepalaku aku mahu menangisi kehampaanku
Bukan esoklusa
Bukan esoklusa
Dan aku menyedari ianya melucukan
Aku memandangnya sebagai kesedihan
Memimpikan ianya kesungguhanku adalah yang terbaik pernah kurasa
Aku menyedari terlalu sukar untuk memberitahumu
Aku menyedari terlalu sukar untuk bertindak
Pabila kamu berlari di dalam pusingan ianya sangat-sangatlah
Pemabukan dunia
Pemabukan dunia
Kanak-kanak mengharap hari yang mereka merasakan sejahtera
Selamat lahir
Selamat lahir
Dan kurasakan setiap anak-anak perlu
Dengar dan tekun
Dengar dan tekun
Pergi mengaji dan aku begitu teruja
Tiada siapa menyedariku
Tiada siapa menyedariku
Guru menyapa memberiku apakah pengajaran yang ku dapat
Melihat menerusi siapa aku
Melihat menerusi siapa aku
Dan aku menyedari ianya melucukan
Aku memandangnya sebagai kesedihan
Memimpikan ianya kesungguhanku adalah yang terbaik pernah kurasa
Aku menyedari terlalu sukar untuk memberitahumu
Aku menyedari terlalu sukar untuk bertindak
Pabila kamu berlari di dalam pusingan ianya sangat-sangatlah
Pemabukan dunia
Pemabukan dunia
Luaskanlah duniamu
kemabukan dunia

KESUNYIAN SANG GEMA

Kugiran : Simon & Garfunkel
Album : Kau Lihat Kami, Siapa Pula Lihat Kau (sang Pemerhati)
Musik : Kesunyian Sang Gema
Konsep : Adiwira Pasrah
Edit: jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

-------------------------------------------------------

Wahai kegelapan kekasih sebelumku
Daku kembali padamu untuk berbicara bersama
Kerna fikirku perlahan-lahan bercelaru semula
Makin terasa pabila ku terlena
Dan fikir itu mula bercambah di medula oblongata
Masih menghantui
Begitulah kesunyian sang gema

Dalam syahdu mimpi ku berjalan kesorangan
Jalan sempit di batu-batuan
Di bawah lingkungan lampu jalan
Ku memasang kolarku kerana kabus dan kesejukan
Pabila mataku dikhianati tusukan neon
Yang mengasingkan sang rembulan
Lalu disentuh oleh kesunyian sang gema

Di dalam ketulusan cahaya ku terlihat
Beribu-ribu mungkin lebih
Mereka bercakap tanpa bertutur
Mereka mendengar tanpa memasang telinga
Mereka menulis laguan yang suaranya tidak disampaikan
Maka tiada yang berani
Mengganggu kesunyian sang gema

"Mengong" kataku "Kau tak mengetahui"
"Kesunyian sebegitu tumbesarkan si kanser"
"Dengar kataku yang mungkinku menyampaikan"
Akan tetapi kataku seperti sunyinya mendung menunggu hujan
Juga gema tentang nasehat kesunyian

Lalu mereka mengharap dan tunduk
Kepada pancaran neon yang mereka reka
Maka penanda itu memberi peringatan
Pada kata yang membentuk
Dan tanda tersebut pula berkata "kata sebagai penyampai"
"Yang telah terbuku terlebih dahulu di dinding perjalanan dan di kotak halaman"
Dan ditiupkan bisikan melalui kesunyian sang gema

MENANTI SANG PENAMAT

Kugiran : Berlabuh Sekejap
Album : Beribu Mentari
Musik : Menanti Sang Penamat
Konsep : Hologramorfika
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

yeah...yeorh

Bukanlah penghujung
Dan bukanlah permulaan
Cumalah suara kucar kacir
Mengegar semula setiap penglihatan
Namun dengarlah nada bunyinya
Dan juga gelora ganasnya
Rasakan Kata-kata yang pasti
Bersama sesuatu yang tak pasti

Bersama katakan yeah!!
Terkena hentakan apungan di awangan
Sebagaimana yang kita inginkan
Ada yang tak kelihatan
kerana kehidupan penuh dengan ekhsan
Tentang ketakutan dan kesakitan
Hingga kita tamatkan
Lupakah
Biarlah semuanya lenyap

Menanti kehadiran Sang Penamat
Mengharap ku punya keteguhan
Rancangku tak sebegini
Semuanya bukan pintaku....

Beterbangan sepantas ilham
Berkeliaran memikirkannya di kepalaku
Banyak yang sukar diungkapkan
Sukar merungkaikanmu ...

(WUoo-OOw!)
Kutahu apa yang perlu untuk meneruskannya
Kutahu bagaimana rasanya mendustakan
Apa yang ku dambakan
Kehidupan ini dirubah kepada sesuatu yang baharu
Kumahu pada sesuatu bukan kepunyaanku

Sepi di sudut ruang
Cuba melepaskan yang lalu
Tak bermaksud mengakhirinya
Kuharap ku tak sebegitu....

(Huuuooowww!)
Kutahu apa yang perlu untuk meneruskannya
Kutahu bagaimana rasanya mendustakan
Apa yang ku dambakan
Kehidupan ini dirubah kepada sesuatu yang baharu
Kumahu pada sesuatu bukan kepunyaanku

(yeahh-yeahh)

Apa yang tertinggal
Bila kebencian itu lenyap
Kufikir kurasa aku betul
Jika kebetulan pernah tersilap
Semuanya terperangkap di sudut keributan
Dan cuba menyelesaikan
Apalah rasanya untuk meneruskannya

Dan ku seperti tak pernah tahu
Apakah yang telah kukatakan
Lidah tetap ingin berkata
Dan fikirku seperti sudah tidak bernafas
Mengutip setiap cebisan
Seharusnya mula dari mana

(Oh!)
Apa yang ku dambakan
Kehidupan ini dirubah kepada sesuatu yang baharu
Kumahu pada sesuatu yang bukan kepunyaanku

Bukanlah penghujung
Dan bukanlah permulaan,
Cumalah suara kucar kacir
Mengegar setiap penglihatan
Namun dengarlah pada bunyinya
Dan gelora ganasnya
Rasakan Kata-kata yang pasti
Bersama sesuatu yang tak pasti
(Kumahu pada sesuatu yang bukan kepunyaanku)

Bersama katakan yeah!!
Terkena hentakan apungan di awangan
Sebagaimana yang kita inginkan
Ada yang tak kelihatan
kerana kehidupan penuh dengan ekhsan
Tentang ketakutan dan kesakitan
Hingga kita tamatkan
Lupakah
Biarlah semuanya lenyap
(Kumahu pada sesuatu yang bukan kepunyaanku)

btr 3.10 a.m

CARAKU

Kugiran : Kotak Gundah BIzt
Album : Cokelat Bintang Laut dan Burger Lonjong Berperisa Air
Musik : Caraku
Konsep : Dari Sang Batu Kepada Si Batu Dingin
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku

Best
Kau fikir kau best
Memangpun
Aku boleh lihat di dalam mata kau
Aku boleh lihat bila kau gelakkanku
Memandang rendah padaku
Sedang kau berjalan mengelilingiku

Cuma sekali pertelingkahan ini
Tentang penunjukan best kau
Dan akanku terus kedepan
Meninggalkan kebengongan kau
Kerna aku sudah tidak sabar
Dan inilah habuan untuk kau

Yeah
Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku

Cuma sekali pertelingkahan ini
Tentang banyak perkara
Dan akanku lepaskan segalanya
Untuk menjadi diriku kembali
Bebas kembali

Yeah
Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Satu hari nanti akan kau lihat melalui caraku
Kerana kau tak pernah tahu
Dimana, kau tak pernah tahu
Ke mana kan kau tuju

Satu hari nanti akan kau lihat melalui caraku
Kerana kau tak pernah tahu
Dimana, kau tak pernah tahu
Ke mana kan kau tuju

Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku
Cek, cek, cek cek... lah melodiku

Cuma sekali pertelingkahan ini
Dan aku kan jadi kenangan
Ya akanku terus kedepan
Meninggalkan kebengongan kau
Dan kau yang akan tertinggal
Merindui aku

Yeah
Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Sekali ini akan kulepaskan semuanya
Sekali ini akanku berdiri dan memekik
Apa yang kulakukan adalah caraku
Inilah caraku
Caraku dan jalan besaraku

Satu hari nanti akan kau lihat melalui caraku
Kerana kau tak pernah tahu
Dimana, kau tak pernah tahu
Ke mana kan kau tuju

Satu hari nanti akan kau lihat melalui caraku
Kerana kau tak pernah tahu
Dimana, kau tak pernah tahu

Cek, cek, cek cek... lah melodiku

btr 10 a.m.

Tentang Seseorang

Keinginan mahupun dorongan untuk seseorang terus berseni atau berhalus-halus membuatkan satu perjalanan dan pengembaraan yang menarik pada seseorang untuk melihat dan mendalami dunia seni itu. Memikirkan pengalaman dan ilmu atau pengetahuan baharu membuatkan seseorang itu teruskan merasa, melihat, mendengar, mengimpi, memahukan dan mengkehendakan sesuatu. Samada ianya secara berkias, spontan, tidak sedar, jujur, langsung, atau secara terus terang. Persepsi visual misalnya, sebagai contoh melihat tentang warna dalam mengenalpasti warna. Melihat warna yang semulajadi berada di mana-mana pecahan daripada cahaya yang membentuk selerakan warna atau warna prisma. Proses pembacaan ini menduga fenomena asimilasi keindahan tentangnya.

Somebody enjoy to see, to choose, and to decide which color that somebody want to put in somebody work. Somebody live in a rainbow of chaos. Optics, developing in somebody through study, teach somebody to see. Somebody lack the magnificent richness of color that animates nature. Copy the color from nature is not copying the object; it is realizing one's sensations and meaning can not be framed in a work, but it always living in mystery. Painting for example, the painter must enclose himself within his work; he must respond not with words, but with paintings. Kind of entity or energy make somebody believe to something, then it became somebody journey. Painting is damned difficult - somebody always think somebody got it, but somebody haven't. The awareness of somebody own strength makes somebody modest. Decay or decoy make somebody see but blind.

Soal kemampuan, seseorang bertanya tentang persoalan keadaan kemampuan seseorang, seseorang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa daya (tenaga) yang terhasil dari sesuatu entiti yang seseorang itu mempercayai ianya adalah 'diciptakan' atau 'pemberian'. Dan ciptaan ini bukanlah datangnya dari seseorang yang manusiawi. Seseorang itu percaya apa yang berlaku dalam tindakan adalah keputusan dari keinginan seseorang itu, tetapi kemampuan untuk bertindak itu adalah pemberian. Samada ianya baik mahupun buruk, keindahan tetap berlaku sekiranya daya (energi) itu dilihat sebagai satu pemberian. Pemberiaan untuk seseorang bertindak atas dasar fikiran apa yang seseorang itu putuskan. Persoalan masa akan datang-penghakiman atas tindakan tadi bukan juga milik seseorang itu, kerana akal juga mempunyai kelemahan dalam aspek fungsinya diluar (external) kerana keberadaan akal adalah lebih releven dilihat secara dalaman (internal). Budi (etika) daya (tindakan) adalah bukti tampak dari luar, namun persoalan ideologinya (fikiran) adalah kunci kepada pemikirannya jika ianya ingin dilihat atau dikongsi.

Kalau pun visi atau pemikiran manusia itu sesuatu yang masih ganjil sepertimana melihat hal-hal neuro mistis, juga kemodenan kesainan, namun tidaklah menidakkannya untuk dikaji mahupun diketengahkan di bawah skopnya yang sederhana dan tiada niat berlebih-lebih (extremist). Pandangan, pendapat, fikiran, andaian, gambaran, buat fikiran, dan yang lain- lain adalah perkara yang paling menarik untuk dilihat pada seseorang itu ketika ini. Limitasi manusiawi,kebolehan membaca, dan rumusannya yang
Selalunya berbeza-beza, juga sesuatu misteri tentang pemikiran. Fikiran membawa kepada proses tindakan atau dipanggil moraliti jika dilihat pada etika ilmuan. Percaya adalah satu lagi bahasa tentang bagaimana kita (manusia) menginterpretasikannya mengikut kepahaman masing-masing. Niat di dalam akal (idea), lafaz dengan kata-kata(simbol), dan bertindak melalui tindakan(kesan). Manakala apa yang terkesan selepasnya iaitu bagaimana manusia menduduki alam sekelilingnya adalah perkara di luar dugaan. Kesombongan keangkuhan untuk menidakkan idea (buah fikiran) orang lain juga terletak pada pendirian (hadaman) dan kepercayaan yang sudah sering diamalkan (the way of life) sehari-hari seseorang tersebut. Amalan atau aktiviti harian ini membawa kepada suatu kesedaran yang lebih mendalam jika ia ingin dilihat. Namun cara pandang ini sering dikatakan keliru dan kabur kerana manusia sering mahukan bukti untuk mayakinkan ilmu ini adalah ilmu bermanfaat.

Kata Orang

kata orang

kata orang si peniru adalah pembuat balik yang baik
kata orang pula pengubah adalah pembuat balik yang hebat
kata orang lagi kreativiti adalah semulajadi radikal
kata orang kemudiannya perangai kebudak-budakan adalah ketulenan kreativiti
kata orang selalunya mengada-ngada untuk mendapat perhatian
kata orang makanya pembuat balik perhatian kebudak-budakkan mematangkan radikal

Senyum

Senyumlah dan tinggalkan ketawa

Kabur dan hilangnya gelak

Memikirkan tentang penyudah dan penamat
Menyibukkan keperluan hidup dan kehidupan
Merenung kesilapan dan kesalahan
Menerima musibah dan menerima pertolongan
Sedang sedikitkan makan
Sedang sedikitkan tidur
Bercakap yang sekadar perlu
Tabah menanggung rintangan

Sekelas Bersama Zakaria Ali

Kelas Susur Langkah

MENULIS PENULISAN

Mulakan dengan pengakuan peribadi bahawa menulis itu seronok kerana kita menggunakan akal dan tangan untuk bekerjasama. Maka seronok juga adalah berkenaan banyak hal yang hendak kita sentuh, yang mungkin kita sentuh secara sepintas lalu di dalam hal kita, apa yang terlintas di kepala kita, dirangsang oleh tulisan orang lain, atau diusik oleh objek seni yang mencabar.

Apabila kita berdepan dengan internet, kita menyalin apa saja diatas sehelai kertas; keyword yang kita mention, maka kitapun dapat tengok apa benda yang bermain yang bermain di benak kita ini. Itu tujuan menulis: meng-external-externalized-kan simpang siur yang internal ini, melonjak-lonjak hendak bersuara.

Hal benda/Tema

Kita pastikan hal benda apa yang hendak ditulis. Tentulah hal benda itu di dalam bidang kita. Contohnya : sej. seni Malaysia abad ke -19, cabaran pada nelayan kecil-kecilan, perubahan cuaca di antartika, potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat AIDS, atau keresahan politik, kaum tamil dll.

kemudian kita tengok benda yang hendak ditulis itu, orang lain sudah tulis atau belum? setiap displin ada outletnya, ada penerbitan, baik yang bercetak, mahupun yang maya dalam internet. Yang bercetak itu majalah, jurnal, buku, dll. yang maya itu pula internet, video dll.

Kita panggil ini literature review. Bunyinya hebat tapi jangan gentar. Maksudnya, kita baca tulisan orang lain dalam bidang kita. Melambak banyaknya, ramai orangnya, sesak laluannya. Kita ambil nota, catat nama peserta-peserta, senaraikan penerbitan-penerbitan dan buku-buku yang bersangkutan.

Bidang kita juga ada jaguhnya, sebilangan ilmuan yang authoritinya dihormati, pendapatnya dihargai, di nota kakikan, di bibliografikan. Kita baca apa saja yang mereka tulis, artikel, review, buku, yang kita selongkar dan kita cari sehingga kita jumpa.

Perpustakaan menjadi rumah kedua kita. Disitulah kita meniliti, cari bahan, ikut satu pimpinan ke pimpinan yang lain. Sumber ilmu biasanya bercabang, berangkai, dan bertindih. Walau kabur kita cuba kuasai, pegang ekornya. We have an idea of what we want to write on.

Kita bertanya: apa peranan pendapat dan hasil jumpaan orang lain dalam usaha kita hendak menulis artikel? Tiga peranan.
1 : Orang-orang itu inform kepada kita tentang ruang lingkup dan batas sempadan hal benda yang kita minati. Maka kita tahu pagar kita, dan daerah yang kita kepungi.
2 : Orang-orang itu sebenarnya menggoda kita untuk mencuri hasil pendapatnya. Kita hendak tumpang sesuap kelazatan hasil peluh lelah orang lain.
3 : Kita pinjam tetapi secara yang terhormat, halal. Masuklah bab nota kaki, dan bibliografi di hujung artikel.

Jika facts, figures, and numbers yang kita pinjam maka pinjaman kita itu bergelar quantitative: jika pendapat, pandangan, perasaan yang ita pinjam maka pinjaman kita itu bergelar qualitative. kedua-dua "tives" ini sama saja, yakni, kita pakai orang lain yang punya.

Kita berhemah banyak mana yang hendak kita pinjam. Nasihat di sini ialah : Take only what is necessary atau sesedikit yang mungkin.

Sangkaan di kalangan ahli akademik bahawa lagi banyak kita pinjam pendapat orang maka lagi hebatlah kita. Sumbangan penyelidik hanyalah menulis dua ayat penyambung, antara dua pinjaman yang menjela-jela dan banyak itu. Jadi kita seolah-olah membiarkan orang lain berfikir untuk kita. Ini salah. Kita defeat purpose kita buat research, susah payah menulis. Kita defeat.

Kita menulis sebab kita mahu tunjuk kita faham halbenda yang kita olah itu, bukan untuk war-warkan jumpaan orang lain. Niat kita ialah ingin membuat some level of original contribution.

Field work juga kita jalankan, serentak dengan library work tadi, sebab enggan buang masa. Biarlah saya cakap pasal field work bidang sejarah seni. Pensejarahan seni berhadapan dengan objek seni, yang baru dan yang lama, yang moden dan yang purba.

Saya tengok objek itu. Saya belek dia lama-lama. Saya raba kesat licinnya, angkat berat ringannya, tenyeh lembik kerasnya, ukur tinggi lebarnya, agak tua mudanya (jika tidak bertarikh).

Kemudian saya ambil gambar: dari depan, belakang, kiri-kanan, atas bawah. Semua penjuru. Jika pembuat objek itu masih hidup saya interview dia, tanya dia bertalu-talu: idea yang merangsangnya, bahan yang dia pilih, cerita yang hendak dia sampaikan. Saya kaji sketsa dia: secomot mana pun, sketsa itu pembawa maklumat. I must know all there is to know about the object.

Juga berguna ialah resit, diari, surat menyurat dengan pihak galeri dan pembeli, gossip musuh, aduan isteri, pujian anak. Maklumat ini kita pangil primary sources, sumber utama. Kita simpan semuanya, untuk kita timbang, tapis, pakai. Kita hanya berminat kepada maklumat yang menerangkan objek seni. Maklumat selainnya kita simpan untuk cerita lain pula.

Ada juga sumber kedua. Biasanya pembuat objek sudah tiada maka kita cari bahan bercetak seperti katalog pameran, keratan akhbar, laman web. Yang boleh pakai, kita pakai, yang tak boleh pakai kita simpan. Jangan buang, masukkan ke dalam tangki, ke dalam data base.

Penulisan juga sudah bermula, sejak hari pertama kamu masuk library. Catatan awal kita panggil shit draft, draf taik. Ini hasil terburainya sejumlah idea, yang mungkin berkaitan dan mungkin tidak berkaitan. Tulis apa saja yang terlintas, apa saja yang terasa, apa saja yang teruja.

Percayalah setiap artikel yang tercetak di dalam jurnal mempunyai shit drafts yang berlonggok. Kesukaan saya ketika berada di Amerika ialah pergi ke muzium cari tulisan tangan draf-draf awal pengarang kesukaan saya.

Editor pertama adalah kamu sendiri. Kamu mesti bersikap keras hati, malah zalim, bila memotong ayat-ayat. Kadang-kadang agak susah hendak edit bila tulisan kita itu di muka screen komputer. Cetak dia. Edit pada hard copy, lebih selesa.

Berikan artikel kamu itu kepada orang lain untuk di baca. Suruh dia buat komen, walaupun negative. Kamu puashati dengan introduction, di mana kamu nyatakan masalah yang hendak kamu olah, isi karangan di mana kamu quote orang, susun hujah, fokus kepada tema kita, ketatkan kawalan ke atas simpangan dan keluhan yang selalu perangkap kita, dan buat rumusan.

Teknik yang baik ialah ayat yang lengkap, jangan lebih dari dua baris. Lebih, tanda kita mula bercelaru. Tulis secara straightforward: elak bunga-bungaan. Straight to the point adalah polisi yang saya amal, dan sarankan kamu ikut.

Setiap jurnal ada formatnya, yakni saiz taip, spacing, footnoting atau end noting, illustrations, bibliografi. Kita ikut sebab kita juga mahu kerja kita kemas.

Soal dan Jawab

Untuk tulisan kreatif atau cerpen, esei journey, bahasa bunga-bungaan boleh menutup ketandusan idea kita sendiri. Cuma jika terlalu banyak bunga-bungaan, patah perkataan kita biarlah berisi bukannya untuk cantik semata-mata.

Kita mesti seronok menulis. Bukan susah cuma perlukan kesabaran. Sentiasa membawa kamus, jadikan dictionary kawan baik. Always being curious.

22/10/10

Air Mengalir

Ada orang menggambarkan sedapnya minum arak tapi tidak sebenarnya
Ada orang pula menunjukkan sedapnya minum teh dan enak sebenarnya teh mereka
Ada orang memperlihatkan segarnya Coca-cola kerana sejukbergasnya jamban minuman itu
Ada orang yang hanya dahagakan minuman walau kosong mana minuman itu bahagianya mereka
Air membahagiakan mereka-mereka yang dahaga
Air membahagiakan juga yang lainnya
Air tetap mengalir
Air lembut jika disentuh
Malang si air mereka hanya dipandang air tidak lebih dari itu

Sejak lahir manusia mencari sesuatu; sesuatu yang hilang. Maka perjalanan pencarian ini juga melibatkan sesuatu yang pernah dimiliki cuma hilang dalam bentuk berbeza-beza. Secara metaforanya pencarian ini adalah mencari harta karun. Harta yang bagaimana ingin dijumpai. Emas, senjata, wang, status, keturunan, dll.. Bagaimana pula harta karun seperti cinta, kekekalan, bidadari, teleport, daya penyembuh, kuat, terbang, kebal dll. lagi. Lalu bagaimana yang tiada ini sebenarnya sudah ada pada kita, atau yang hilang itu tidak hilang sebenarnya, tetapi terlepas pandang atau tersalah pandang. Ini dipandang sebagai dahaga, dahagakan air.
Perkara yang halus atau rumit kebiasaanya tidak mahu dipedulikan kebiasaan orang. Walaubagaimanapun yang halus itu ada. Pertajaman sensitiviti ini dianggap perkara yang boleh diketepikan demi untuk merasa selesa kerana sekelilingnya begitu. Kebiasaan atau keramaian orang ini membawa kita sebegitu berjaya menampung dan menidakkan rasa gundah, jika menjadi segelintir dari segelintir yang ada pula. Manakala segelintiran ini menjurangkan lagi keadaan yang tidak seperti keramaian tersebut. Makanya perkara sebegini menjadi pilihan bukannya arahan.
Nyawa, perumpamaan untuk menerangkan hidup. Hidup pula, perumpamaan untuk menerangkan rasa. Menidakkan rasa seumpama untuk menerangkan tidak hidup (zombie). Kasih dan sayang pula menerangkan diri dan adanya orang lain juga makhluk lain. Menidakkan kasih dan sayang
seumpama untuk menidakkan penghargaan dan penghormatan. Pemberian dan penerimaan ini saling tidak putus membuktikan perumpamaan tadi. Betul dan salah perumpamaan untuk menerangkan berfikir. Berfikir perumpamaan untuk membuktikan masa. Masa silam, masa ini, masa akan datang, terus bergerak mengalir membuktikan nyawa manusia adalah berkasih sayang merasa untuk berfikir. Namun semuanya ada, cuma mengiyakan atau menidakkan.
Diilhami, mengilhamkan, atau ilham, adalah sepakan padu ketika seseorang untuk merasainya. Saat seseorang menyedarinya, menikmati, atau merasakannya, titisan air mula mengalir menjadi sederas mungkin. Kualiti manusia yang sentiasa mahu merasakan atau mencapai tahap tertinggi perlulah melalui penglihatan atau penglibatan perkara-perkara rumit dan halus ini untuk diperhatikan. Dasar kehalusan ini perlu diisi dengan sensitiviti elemen dan prinsip tertentu mengikut keadaan dan situasi tertentu. Mana mungkin juga idea ini menjadi persetujuan ramai yang tetap kerana siapa orang yang menulisnya yang diperhatikan dan bukannya apa yang ditulis diperhatikan dan ini juga menjadi perkara kebiasaan lagi. Idea memperhalusi, mendalami, juga menjiwai sesuatu adalah perkara yang merumitkan kerana ia bersifat interpretasi yang bebas tidak tertakluk pada satu pendapat yang statik. Manusia adalah makhluk berfikir dan kreatif. Aktiviti menyalin atau meniru alam sekelilingnya di rubah mengikut jiwanya yang tersendiri menjawab kreativitinya yang unik. Kreativiti ini juga tidak menidakkan makhluk lain yang juga kreatif. Walaubagaimanapun jika diperhatikan manusia mempunyai kreativiti yang tersendiri membezakan manusia itu manusia dan makhluk lain itu adalah makhluk lain.

i now
look how it is;
who am i
i am the choosen one
and everybody is the choosen one too
live together as comfort society
we looking for each other
and we live in some kind of solitude
we believe we live our life
and the important thing is about 'i' believe
this is not about you but this is about them
and it is about you and inside who you are
look and see
i am freak and them are freaks
i dont know i just knew i just feel
you dont know you just knew you just feel
they dont know they just knew they just feel
me lucky myself much more......

Bahasa menjadi pembacaan awal kita membuka minda yang sempit atau tidak mengatahui lalu mengakui optika ilusi dan realiti tentang pencipta, di cipta, mencipta, dan ciptaan. Melihat dari ketiadaan kepada ada, kemudian bagaimana penghargaan tersebut dinilai dan kemudiannya menerima dan memberi- hasil pembacaan yang bagaimana sebegitu juga lanjutannya. Kerumitan berlaku jika ke-aku-an menutup pintu yang seharusnya dibuka dahulu. Kemudian proses mengenalpasti, kemudian memilih, kemudian memutuskan, kemudian merasakan, kemudian menghargai dan menerima adanya apapun keputusannya dan seterusnya. Pembacaan yang terarah sering diselingkan semangat dan tujuan isi hati yang lebih rumit dan halus. Kemuncak lagak bakal terjadi apabila meremehkan ilmu-ilmu dahulu dan merasa sudah cukup tahu.
Khayal apabila yang pembacaan yang dibaca tidak dirasai. Walau rasanya seakan-akan sama namun tidak sama pada masa yang sama. Bagaimana pula dengan pembacaan yang dirasai, rugi jika tidak tahu menghargainya lalu menghadamnya. Khayal atau kepura-puraan inilah yang menguatkan manusiawi adalah makhluk lalai atau alpa. Sering terlepas pandang kerana mahu senantiasa berselesa, lega, penuh, selamat dll. untuk diri peribadi terdahulu sebelum orang lain.
Pemberontakan berlaku apabila seseorang merasakan sesuatu yang tidak kena dengan sesuatu yang dirasakan sepatutnya begitu. Sebagai contoh, mari perhatikan perkara di bawah tajuk radikal, tidak perlulah mengaku sesuatu tahap 'itu' adalah radikal kerana radikal adalah perkara dimana dasar-dasar itu masih di bawah dasar kemanusiaan dan tahap manakah radikal jika masih melibatkan kemanusiaan atau lebih enak disebut manusiawi. Bergantung perbandingan apa yang ingin diisi untuk dianalisa???. Sejauh mana perbincangan hingga ke akar umbi yang ingin dikupas???. Renjisan pengetahuan berkumpul bertukar menjadi ilmuan yang tak tentu kepastianya dan tidak tetap melainkan pengetahuan yang dikenalpasti ilmu tetap ataupun sudah tetap (kepercayaan). Dua perkara yang mengasingkan manusiawi dan selainnya. Disebalik pemikiran dan perkara diluar disebalik permikiran tersebut. Terdapat lorong-lorong yang pelbagai demi pencapaian yang tertentu.
Ada pula budaya menetapkan hala tuju orang lain selain diri sendiri dengan ketaksuban peribadi. Kongkongan yang merimaskan kerana budaya tersebut hanya ingin menunjukkan kebagusan itu adalah milik peribadi dan sekadar ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain dan bukannya berniat untuk memanfaatkan kebijaksanaan tersebut bersama-sama. Ketaksuban peribadi sepatutnya ditunjukkan sebetulnya terlebih dahulu sebelum mahu dijadikan contoh untuk dilihat dan dicontohi tradisinya. Samada tradisi adabnya ka, tradisi pakaiannya ka, tradisi pertuturannya ka, tradisi budinya ka....Ada bermacam-macam cabang tradisi contoh perlu dipraktikkan terlebih dahulu contoh-contoh tersebut sebelum mahu dicontohi. Namun sering menjadi penglihatannya adalah tradisi yang tak disangka. Tradisi tunjuk belang, tunjuk kuasa, tunjuk pandai, tunjuk bodek, tunjuk khianat, tunjuk gila kuasa, tunjuk status, dll. menjadi tunjukan yang dilihat sebagai contoh untuk menjadi tradisi. Agak-agak sedar tak??. Tradisi menindas mahupun mengambil kesempatan kerana melihatnya sebagai tradisi mengaut setiap kesempatan dan peluang yang diperolehi. Keseronokan dengan khayalan orang-orang berjaya kerana pengiktirafan 'berjaya' diperoleh dari kelompok tertentu yang meng-automatikkan kejayaan seseorang atas materinya.
Meletakkan arahan kepada orang lain untuk menurut tradisi tersebut. Kedahagaan bagi kelenjar yang dahaga dan kosong, lebih peka pemahaman pembacaannya perbandingan penglihatan yang dirasa dan tidak dirasa. Bahasa bijak tetapi perilaku tidak menyebabkan itulah pembacaan yang lebih dekat dan benar untuk menjadi ikutan pop masa kini. Dan selamatlah pada yang mengikut kerana tidak akan diganggu mahupun tergugat. Manakala penindasanlah pada yang sebaliknya. Manakala bahasa juga menjadi permainan kata mati menutup suara bangkangan jika tidak sealiran. KETIDAKADILAN BERLAKU.......???
Sang pakar biasanya mengaku dan diakui oleh sekumpulan kumpulan tertentu yang dianya pakar dan sang pakar akan menunjuk-nunjuk kepakarannya seperti apa yang diminta untuk disogok lagi oleh badan kelompok penyogok tertentu hanya untuk mengkhayalkan sang pakar tadi dalam kepakaran yang sebenarnya dia masih lemah dan tidaklah sepakar mana pun. Idea manusia yang masih di dalam kemanusiaan yang tahu idea itu hanya sekadar idea yang bukan kekal. Melalui perkara-perkara yang kekal pula, merendahkan lagi potensi manusia yang mula menganggap potensi dirinya yang semakin tinggi. Sapilah anugerah pada yang degil dan bebal dengan merasakan taksuban pakar itu kepakaran kekalnya.

Thursday, June 2, 2011

Fahamkan Membaca

Memahami Baca - Membantu Sedar - Mematangkan Rasa

Membaca adalah perilaku deria dan rasa. Kefungsian optik mengenai mata secara saintifisikals adalah mudah. Perantaraan mata melalui mentari cahaya berlalu lalu berlakulah proses membaca. Jika gelap tiada cahaya tiadalah pembacaan. Sinaran cahaya bergerak lurus dan laju selaju vektor dan berbilion spesis asing spektrum berlapis-lapis bergerak berkembang silang. Tembakan ini memantul-mantul sehingga terhasilnya imej demi mata. Kemampuan berkurang makin bertambah atas faktor cahaya lurus selerak ini. Selain membaca menggunakan sains penglihatan, juga ada membaca melalui sains sentuh. Saraf-saraf sentuh ini menyentuh jalinan pada kulit atas dasar pergeseran. Dengaran bunyian juga adalah proses membaca. Gegendang diketuk-ketuk mengaktifkan pembacaan jenis ini. Jika tidak melalui lihat, sentuh, dan dengar, masih punya proses pembacaan dengan gerak hati (instinct). Monitor terpenting masih kepada akal untuk menganalisa jenis-jenis perkara ini.Apa yang menarik pula adalah proses faham, tidak ada apa yang dibaca diperkata semula oleh lidah menjamin kefahamannya melainkan hanyalah terlampau sedikit daripada apa yang di baca. Pembacaan bahasa-bahasa ini saling membawa kepada jalur-jalur pemahaman. Pemahaman yang sedikit dari pembacaan tadi perlu dibantu dengan hati. Menjiwai pembacaan sesuatu lebih tulen daripada memahami pembacaan tersebut. Tersampainya pembacaan sesuatu adalah persoalan penembusan penjiwaan keharumannya. Memahami adalah proses menumbuhkan cahaya pada kaca melalui lubang tak tembus dan tanpa sentuh. Sedar pula adalah persoalan psikologi kaca mana yang berjaya ditembusi dengan cahaya yang fungsinya menyinari dan menerangi atau memalapi dan menggelapkannya. Tindakbalas baca juga menjadi cermin kepada tindaklaku setiap orang yang sememangnya membaca.


Moga-moga belajar-mengajarlah memurahi sesama insan

Kau sebutir dan segerombolan banduan

keraguanmu impimu semboyanmu
bebas dari tanah dan langit
inginkah kau bebas dan dilepas
menusuk terbang sepintas bicara
pancarkan orbit siaran tergendalamu
belenggu yang pernah kau dambakan
hayat yang hanya dikandung badan
bayang hanyalah bahagian gelap
sinar hanyalah bahagian cerah
bukan maksudmu begitu
perhatikanlah semula
hadamlah dan membesarlah
melepas lemas di arus deras
tak cukup masa 'itu'
juga hasil dari kesungguhan cahaya
kau dijatuhhukumkan kerana bertolak ansur
kau diberatkan lagi dengan amok
lalu kau lembut kau juga sayu
lenggokmu begitu mangimbangi
sarwa lelah rela dan terima
dunia materirealiti palsu tapi benar
mana mungkin capai akalmu
tekadmu hanya setitik peluhmu

Wednesday, June 1, 2011

FIKIR-CAKAP-BUAT- terima kasih sifu

Pesan PANDIER pada SIFU dari SAHABAT untuk MUDA selepas MURID

ada MATA pandang
ada TELINGA dengar
ada MULUT diam
ada TANGAN garu
ada KAKI goyang

ada OTAK pandai
ada AKAL pakai
ada BIJAK gadai
ada MATA pejam
ada MULUT kunyah

yang REMEH dan yang TEMEH
berlegar di SEKELILINGmu (x2)
buatla- buatlah TAK TAHU (x2)

rela jadi TUNGGUL
rela jadi PATUNG
tunggu diLELONG
suruh angguk - ANGGUK
suruh geleng - GELENG

oo..PUJIlah aku
AMPUlah aku
SENANG hidupmu
ada tangan TADAH
ada MARUAH campak

yang REMEH dan yang TEMEH
berlegar di SEKELILINGmu (x2)
buatla- buatlah TAK TAHU (x2)

ada mata...... PANDANG
ada tlinga.... DENGAR
ada mulut..... DIAM
ada tangan.... GARU
ada kaki...... GOYANG

ada otak...... PANDAI
ada akal...... PAKAI
ada bijak..... GADAI
ada mata...... PEJAM
ada mulut..... KUNYAH

yang REMEH dan yang TEMEH
berlegar di SEKELILINGmu (x2)
buatla- buatlah TAK TAHU (x2)

BIARKAN - BIARKAN - BIARKAN berlaku (''_)

( bia' p kat dia - sibuk blako ni dato' -
-haa bertumbuk dalam tu rapat-rapat sikit oi!! -
-hok ni yang ramei, jangan cemei ye dok! -
-.....DDDIIIIIAAAAMMMMMMMMM...... )