Keinginan mahupun dorongan untuk seseorang terus berseni atau berhalus-halus membuatkan satu perjalanan dan pengembaraan yang menarik pada seseorang untuk melihat dan mendalami dunia seni itu. Memikirkan pengalaman dan ilmu atau pengetahuan baharu membuatkan seseorang itu teruskan merasa, melihat, mendengar, mengimpi, memahukan dan mengkehendakan sesuatu. Samada ianya secara berkias, spontan, tidak sedar, jujur, langsung, atau secara terus terang. Persepsi visual misalnya, sebagai contoh melihat tentang warna dalam mengenalpasti warna. Melihat warna yang semulajadi berada di mana-mana pecahan daripada cahaya yang membentuk selerakan warna atau warna prisma. Proses pembacaan ini menduga fenomena asimilasi keindahan tentangnya.
Somebody enjoy to see, to choose, and to decide which color that somebody want to put in somebody work. Somebody live in a rainbow of chaos. Optics, developing in somebody through study, teach somebody to see. Somebody lack the magnificent richness of color that animates nature. Copy the color from nature is not copying the object; it is realizing one's sensations and meaning can not be framed in a work, but it always living in mystery. Painting for example, the painter must enclose himself within his work; he must respond not with words, but with paintings. Kind of entity or energy make somebody believe to something, then it became somebody journey. Painting is damned difficult - somebody always think somebody got it, but somebody haven't. The awareness of somebody own strength makes somebody modest. Decay or decoy make somebody see but blind.
Soal kemampuan, seseorang bertanya tentang persoalan keadaan kemampuan seseorang, seseorang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa daya (tenaga) yang terhasil dari sesuatu entiti yang seseorang itu mempercayai ianya adalah 'diciptakan' atau 'pemberian'. Dan ciptaan ini bukanlah datangnya dari seseorang yang manusiawi. Seseorang itu percaya apa yang berlaku dalam tindakan adalah keputusan dari keinginan seseorang itu, tetapi kemampuan untuk bertindak itu adalah pemberian. Samada ianya baik mahupun buruk, keindahan tetap berlaku sekiranya daya (energi) itu dilihat sebagai satu pemberian. Pemberiaan untuk seseorang bertindak atas dasar fikiran apa yang seseorang itu putuskan. Persoalan masa akan datang-penghakiman atas tindakan tadi bukan juga milik seseorang itu, kerana akal juga mempunyai kelemahan dalam aspek fungsinya diluar (external) kerana keberadaan akal adalah lebih releven dilihat secara dalaman (internal). Budi (etika) daya (tindakan) adalah bukti tampak dari luar, namun persoalan ideologinya (fikiran) adalah kunci kepada pemikirannya jika ianya ingin dilihat atau dikongsi.
Kalau pun visi atau pemikiran manusia itu sesuatu yang masih ganjil sepertimana melihat hal-hal neuro mistis, juga kemodenan kesainan, namun tidaklah menidakkannya untuk dikaji mahupun diketengahkan di bawah skopnya yang sederhana dan tiada niat berlebih-lebih (extremist). Pandangan, pendapat, fikiran, andaian, gambaran, buat fikiran, dan yang lain- lain adalah perkara yang paling menarik untuk dilihat pada seseorang itu ketika ini. Limitasi manusiawi,kebolehan membaca, dan rumusannya yang
Selalunya berbeza-beza, juga sesuatu misteri tentang pemikiran. Fikiran membawa kepada proses tindakan atau dipanggil moraliti jika dilihat pada etika ilmuan. Percaya adalah satu lagi bahasa tentang bagaimana kita (manusia) menginterpretasikannya mengikut kepahaman masing-masing. Niat di dalam akal (idea), lafaz dengan kata-kata(simbol), dan bertindak melalui tindakan(kesan). Manakala apa yang terkesan selepasnya iaitu bagaimana manusia menduduki alam sekelilingnya adalah perkara di luar dugaan. Kesombongan keangkuhan untuk menidakkan idea (buah fikiran) orang lain juga terletak pada pendirian (hadaman) dan kepercayaan yang sudah sering diamalkan (the way of life) sehari-hari seseorang tersebut. Amalan atau aktiviti harian ini membawa kepada suatu kesedaran yang lebih mendalam jika ia ingin dilihat. Namun cara pandang ini sering dikatakan keliru dan kabur kerana manusia sering mahukan bukti untuk mayakinkan ilmu ini adalah ilmu bermanfaat.
No comments:
Post a Comment