Ada orang menggambarkan sedapnya minum arak tapi tidak sebenarnya
Ada orang pula menunjukkan sedapnya minum teh dan enak sebenarnya teh mereka
Ada orang memperlihatkan segarnya Coca-cola kerana sejukbergasnya jamban minuman itu
Ada orang yang hanya dahagakan minuman walau kosong mana minuman itu bahagianya mereka
Air membahagiakan mereka-mereka yang dahaga
Air membahagiakan juga yang lainnya
Air tetap mengalir
Air lembut jika disentuh
Malang si air mereka hanya dipandang air tidak lebih dari itu
Sejak lahir manusia mencari sesuatu; sesuatu yang hilang. Maka perjalanan pencarian ini juga melibatkan sesuatu yang pernah dimiliki cuma hilang dalam bentuk berbeza-beza. Secara metaforanya pencarian ini adalah mencari harta karun. Harta yang bagaimana ingin dijumpai. Emas, senjata, wang, status, keturunan, dll.. Bagaimana pula harta karun seperti cinta, kekekalan, bidadari, teleport, daya penyembuh, kuat, terbang, kebal dll. lagi. Lalu bagaimana yang tiada ini sebenarnya sudah ada pada kita, atau yang hilang itu tidak hilang sebenarnya, tetapi terlepas pandang atau tersalah pandang. Ini dipandang sebagai dahaga, dahagakan air.
Perkara yang halus atau rumit kebiasaanya tidak mahu dipedulikan kebiasaan orang. Walaubagaimanapun yang halus itu ada. Pertajaman sensitiviti ini dianggap perkara yang boleh diketepikan demi untuk merasa selesa kerana sekelilingnya begitu. Kebiasaan atau keramaian orang ini membawa kita sebegitu berjaya menampung dan menidakkan rasa gundah, jika menjadi segelintir dari segelintir yang ada pula. Manakala segelintiran ini menjurangkan lagi keadaan yang tidak seperti keramaian tersebut. Makanya perkara sebegini menjadi pilihan bukannya arahan.
Nyawa, perumpamaan untuk menerangkan hidup. Hidup pula, perumpamaan untuk menerangkan rasa. Menidakkan rasa seumpama untuk menerangkan tidak hidup (zombie). Kasih dan sayang pula menerangkan diri dan adanya orang lain juga makhluk lain. Menidakkan kasih dan sayang
seumpama untuk menidakkan penghargaan dan penghormatan. Pemberian dan penerimaan ini saling tidak putus membuktikan perumpamaan tadi. Betul dan salah perumpamaan untuk menerangkan berfikir. Berfikir perumpamaan untuk membuktikan masa. Masa silam, masa ini, masa akan datang, terus bergerak mengalir membuktikan nyawa manusia adalah berkasih sayang merasa untuk berfikir. Namun semuanya ada, cuma mengiyakan atau menidakkan.
Diilhami, mengilhamkan, atau ilham, adalah sepakan padu ketika seseorang untuk merasainya. Saat seseorang menyedarinya, menikmati, atau merasakannya, titisan air mula mengalir menjadi sederas mungkin. Kualiti manusia yang sentiasa mahu merasakan atau mencapai tahap tertinggi perlulah melalui penglihatan atau penglibatan perkara-perkara rumit dan halus ini untuk diperhatikan. Dasar kehalusan ini perlu diisi dengan sensitiviti elemen dan prinsip tertentu mengikut keadaan dan situasi tertentu. Mana mungkin juga idea ini menjadi persetujuan ramai yang tetap kerana siapa orang yang menulisnya yang diperhatikan dan bukannya apa yang ditulis diperhatikan dan ini juga menjadi perkara kebiasaan lagi. Idea memperhalusi, mendalami, juga menjiwai sesuatu adalah perkara yang merumitkan kerana ia bersifat interpretasi yang bebas tidak tertakluk pada satu pendapat yang statik. Manusia adalah makhluk berfikir dan kreatif. Aktiviti menyalin atau meniru alam sekelilingnya di rubah mengikut jiwanya yang tersendiri menjawab kreativitinya yang unik. Kreativiti ini juga tidak menidakkan makhluk lain yang juga kreatif. Walaubagaimanapun jika diperhatikan manusia mempunyai kreativiti yang tersendiri membezakan manusia itu manusia dan makhluk lain itu adalah makhluk lain.
i now
look how it is;
who am i
i am the choosen one
and everybody is the choosen one too
live together as comfort society
we looking for each other
and we live in some kind of solitude
we believe we live our life
and the important thing is about 'i' believe
this is not about you but this is about them
and it is about you and inside who you are
look and see
i am freak and them are freaks
i dont know i just knew i just feel
you dont know you just knew you just feel
they dont know they just knew they just feel
me lucky myself much more......
Bahasa menjadi pembacaan awal kita membuka minda yang sempit atau tidak mengatahui lalu mengakui optika ilusi dan realiti tentang pencipta, di cipta, mencipta, dan ciptaan. Melihat dari ketiadaan kepada ada, kemudian bagaimana penghargaan tersebut dinilai dan kemudiannya menerima dan memberi- hasil pembacaan yang bagaimana sebegitu juga lanjutannya. Kerumitan berlaku jika ke-aku-an menutup pintu yang seharusnya dibuka dahulu. Kemudian proses mengenalpasti, kemudian memilih, kemudian memutuskan, kemudian merasakan, kemudian menghargai dan menerima adanya apapun keputusannya dan seterusnya. Pembacaan yang terarah sering diselingkan semangat dan tujuan isi hati yang lebih rumit dan halus. Kemuncak lagak bakal terjadi apabila meremehkan ilmu-ilmu dahulu dan merasa sudah cukup tahu.
Khayal apabila yang pembacaan yang dibaca tidak dirasai. Walau rasanya seakan-akan sama namun tidak sama pada masa yang sama. Bagaimana pula dengan pembacaan yang dirasai, rugi jika tidak tahu menghargainya lalu menghadamnya. Khayal atau kepura-puraan inilah yang menguatkan manusiawi adalah makhluk lalai atau alpa. Sering terlepas pandang kerana mahu senantiasa berselesa, lega, penuh, selamat dll. untuk diri peribadi terdahulu sebelum orang lain.
Pemberontakan berlaku apabila seseorang merasakan sesuatu yang tidak kena dengan sesuatu yang dirasakan sepatutnya begitu. Sebagai contoh, mari perhatikan perkara di bawah tajuk radikal, tidak perlulah mengaku sesuatu tahap 'itu' adalah radikal kerana radikal adalah perkara dimana dasar-dasar itu masih di bawah dasar kemanusiaan dan tahap manakah radikal jika masih melibatkan kemanusiaan atau lebih enak disebut manusiawi. Bergantung perbandingan apa yang ingin diisi untuk dianalisa???. Sejauh mana perbincangan hingga ke akar umbi yang ingin dikupas???. Renjisan pengetahuan berkumpul bertukar menjadi ilmuan yang tak tentu kepastianya dan tidak tetap melainkan pengetahuan yang dikenalpasti ilmu tetap ataupun sudah tetap (kepercayaan). Dua perkara yang mengasingkan manusiawi dan selainnya. Disebalik pemikiran dan perkara diluar disebalik permikiran tersebut. Terdapat lorong-lorong yang pelbagai demi pencapaian yang tertentu.
Ada pula budaya menetapkan hala tuju orang lain selain diri sendiri dengan ketaksuban peribadi. Kongkongan yang merimaskan kerana budaya tersebut hanya ingin menunjukkan kebagusan itu adalah milik peribadi dan sekadar ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain dan bukannya berniat untuk memanfaatkan kebijaksanaan tersebut bersama-sama. Ketaksuban peribadi sepatutnya ditunjukkan sebetulnya terlebih dahulu sebelum mahu dijadikan contoh untuk dilihat dan dicontohi tradisinya. Samada tradisi adabnya ka, tradisi pakaiannya ka, tradisi pertuturannya ka, tradisi budinya ka....Ada bermacam-macam cabang tradisi contoh perlu dipraktikkan terlebih dahulu contoh-contoh tersebut sebelum mahu dicontohi. Namun sering menjadi penglihatannya adalah tradisi yang tak disangka. Tradisi tunjuk belang, tunjuk kuasa, tunjuk pandai, tunjuk bodek, tunjuk khianat, tunjuk gila kuasa, tunjuk status, dll. menjadi tunjukan yang dilihat sebagai contoh untuk menjadi tradisi. Agak-agak sedar tak??. Tradisi menindas mahupun mengambil kesempatan kerana melihatnya sebagai tradisi mengaut setiap kesempatan dan peluang yang diperolehi. Keseronokan dengan khayalan orang-orang berjaya kerana pengiktirafan 'berjaya' diperoleh dari kelompok tertentu yang meng-automatikkan kejayaan seseorang atas materinya.
Meletakkan arahan kepada orang lain untuk menurut tradisi tersebut. Kedahagaan bagi kelenjar yang dahaga dan kosong, lebih peka pemahaman pembacaannya perbandingan penglihatan yang dirasa dan tidak dirasa. Bahasa bijak tetapi perilaku tidak menyebabkan itulah pembacaan yang lebih dekat dan benar untuk menjadi ikutan pop masa kini. Dan selamatlah pada yang mengikut kerana tidak akan diganggu mahupun tergugat. Manakala penindasanlah pada yang sebaliknya. Manakala bahasa juga menjadi permainan kata mati menutup suara bangkangan jika tidak sealiran. KETIDAKADILAN BERLAKU.......???
Sang pakar biasanya mengaku dan diakui oleh sekumpulan kumpulan tertentu yang dianya pakar dan sang pakar akan menunjuk-nunjuk kepakarannya seperti apa yang diminta untuk disogok lagi oleh badan kelompok penyogok tertentu hanya untuk mengkhayalkan sang pakar tadi dalam kepakaran yang sebenarnya dia masih lemah dan tidaklah sepakar mana pun. Idea manusia yang masih di dalam kemanusiaan yang tahu idea itu hanya sekadar idea yang bukan kekal. Melalui perkara-perkara yang kekal pula, merendahkan lagi potensi manusia yang mula menganggap potensi dirinya yang semakin tinggi. Sapilah anugerah pada yang degil dan bebal dengan merasakan taksuban pakar itu kepakaran kekalnya.
No comments:
Post a Comment