Kelas Susur Langkah
MENULIS PENULISAN
Mulakan dengan pengakuan peribadi bahawa menulis itu seronok kerana kita menggunakan akal dan tangan untuk bekerjasama. Maka seronok juga adalah berkenaan banyak hal yang hendak kita sentuh, yang mungkin kita sentuh secara sepintas lalu di dalam hal kita, apa yang terlintas di kepala kita, dirangsang oleh tulisan orang lain, atau diusik oleh objek seni yang mencabar.
Apabila kita berdepan dengan internet, kita menyalin apa saja diatas sehelai kertas; keyword yang kita mention, maka kitapun dapat tengok apa benda yang bermain yang bermain di benak kita ini. Itu tujuan menulis: meng-external-externalized-kan simpang siur yang internal ini, melonjak-lonjak hendak bersuara.
Hal benda/Tema
Kita pastikan hal benda apa yang hendak ditulis. Tentulah hal benda itu di dalam bidang kita. Contohnya : sej. seni Malaysia abad ke -19, cabaran pada nelayan kecil-kecilan, perubahan cuaca di antartika, potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat AIDS, atau keresahan politik, kaum tamil dll.
kemudian kita tengok benda yang hendak ditulis itu, orang lain sudah tulis atau belum? setiap displin ada outletnya, ada penerbitan, baik yang bercetak, mahupun yang maya dalam internet. Yang bercetak itu majalah, jurnal, buku, dll. yang maya itu pula internet, video dll.
Kita panggil ini literature review. Bunyinya hebat tapi jangan gentar. Maksudnya, kita baca tulisan orang lain dalam bidang kita. Melambak banyaknya, ramai orangnya, sesak laluannya. Kita ambil nota, catat nama peserta-peserta, senaraikan penerbitan-penerbitan dan buku-buku yang bersangkutan.
Bidang kita juga ada jaguhnya, sebilangan ilmuan yang authoritinya dihormati, pendapatnya dihargai, di nota kakikan, di bibliografikan. Kita baca apa saja yang mereka tulis, artikel, review, buku, yang kita selongkar dan kita cari sehingga kita jumpa.
Perpustakaan menjadi rumah kedua kita. Disitulah kita meniliti, cari bahan, ikut satu pimpinan ke pimpinan yang lain. Sumber ilmu biasanya bercabang, berangkai, dan bertindih. Walau kabur kita cuba kuasai, pegang ekornya. We have an idea of what we want to write on.
Kita bertanya: apa peranan pendapat dan hasil jumpaan orang lain dalam usaha kita hendak menulis artikel? Tiga peranan.
1 : Orang-orang itu inform kepada kita tentang ruang lingkup dan batas sempadan hal benda yang kita minati. Maka kita tahu pagar kita, dan daerah yang kita kepungi.
2 : Orang-orang itu sebenarnya menggoda kita untuk mencuri hasil pendapatnya. Kita hendak tumpang sesuap kelazatan hasil peluh lelah orang lain.
3 : Kita pinjam tetapi secara yang terhormat, halal. Masuklah bab nota kaki, dan bibliografi di hujung artikel.
Jika facts, figures, and numbers yang kita pinjam maka pinjaman kita itu bergelar quantitative: jika pendapat, pandangan, perasaan yang ita pinjam maka pinjaman kita itu bergelar qualitative. kedua-dua "tives" ini sama saja, yakni, kita pakai orang lain yang punya.
Kita berhemah banyak mana yang hendak kita pinjam. Nasihat di sini ialah : Take only what is necessary atau sesedikit yang mungkin.
Sangkaan di kalangan ahli akademik bahawa lagi banyak kita pinjam pendapat orang maka lagi hebatlah kita. Sumbangan penyelidik hanyalah menulis dua ayat penyambung, antara dua pinjaman yang menjela-jela dan banyak itu. Jadi kita seolah-olah membiarkan orang lain berfikir untuk kita. Ini salah. Kita defeat purpose kita buat research, susah payah menulis. Kita defeat.
Kita menulis sebab kita mahu tunjuk kita faham halbenda yang kita olah itu, bukan untuk war-warkan jumpaan orang lain. Niat kita ialah ingin membuat some level of original contribution.
Field work juga kita jalankan, serentak dengan library work tadi, sebab enggan buang masa. Biarlah saya cakap pasal field work bidang sejarah seni. Pensejarahan seni berhadapan dengan objek seni, yang baru dan yang lama, yang moden dan yang purba.
Saya tengok objek itu. Saya belek dia lama-lama. Saya raba kesat licinnya, angkat berat ringannya, tenyeh lembik kerasnya, ukur tinggi lebarnya, agak tua mudanya (jika tidak bertarikh).
Kemudian saya ambil gambar: dari depan, belakang, kiri-kanan, atas bawah. Semua penjuru. Jika pembuat objek itu masih hidup saya interview dia, tanya dia bertalu-talu: idea yang merangsangnya, bahan yang dia pilih, cerita yang hendak dia sampaikan. Saya kaji sketsa dia: secomot mana pun, sketsa itu pembawa maklumat. I must know all there is to know about the object.
Juga berguna ialah resit, diari, surat menyurat dengan pihak galeri dan pembeli, gossip musuh, aduan isteri, pujian anak. Maklumat ini kita pangil primary sources, sumber utama. Kita simpan semuanya, untuk kita timbang, tapis, pakai. Kita hanya berminat kepada maklumat yang menerangkan objek seni. Maklumat selainnya kita simpan untuk cerita lain pula.
Ada juga sumber kedua. Biasanya pembuat objek sudah tiada maka kita cari bahan bercetak seperti katalog pameran, keratan akhbar, laman web. Yang boleh pakai, kita pakai, yang tak boleh pakai kita simpan. Jangan buang, masukkan ke dalam tangki, ke dalam data base.
Penulisan juga sudah bermula, sejak hari pertama kamu masuk library. Catatan awal kita panggil shit draft, draf taik. Ini hasil terburainya sejumlah idea, yang mungkin berkaitan dan mungkin tidak berkaitan. Tulis apa saja yang terlintas, apa saja yang terasa, apa saja yang teruja.
Percayalah setiap artikel yang tercetak di dalam jurnal mempunyai shit drafts yang berlonggok. Kesukaan saya ketika berada di Amerika ialah pergi ke muzium cari tulisan tangan draf-draf awal pengarang kesukaan saya.
Editor pertama adalah kamu sendiri. Kamu mesti bersikap keras hati, malah zalim, bila memotong ayat-ayat. Kadang-kadang agak susah hendak edit bila tulisan kita itu di muka screen komputer. Cetak dia. Edit pada hard copy, lebih selesa.
Berikan artikel kamu itu kepada orang lain untuk di baca. Suruh dia buat komen, walaupun negative. Kamu puashati dengan introduction, di mana kamu nyatakan masalah yang hendak kamu olah, isi karangan di mana kamu quote orang, susun hujah, fokus kepada tema kita, ketatkan kawalan ke atas simpangan dan keluhan yang selalu perangkap kita, dan buat rumusan.
Teknik yang baik ialah ayat yang lengkap, jangan lebih dari dua baris. Lebih, tanda kita mula bercelaru. Tulis secara straightforward: elak bunga-bungaan. Straight to the point adalah polisi yang saya amal, dan sarankan kamu ikut.
Setiap jurnal ada formatnya, yakni saiz taip, spacing, footnoting atau end noting, illustrations, bibliografi. Kita ikut sebab kita juga mahu kerja kita kemas.
Soal dan Jawab
Untuk tulisan kreatif atau cerpen, esei journey, bahasa bunga-bungaan boleh menutup ketandusan idea kita sendiri. Cuma jika terlalu banyak bunga-bungaan, patah perkataan kita biarlah berisi bukannya untuk cantik semata-mata.
Kita mesti seronok menulis. Bukan susah cuma perlukan kesabaran. Sentiasa membawa kamus, jadikan dictionary kawan baik. Always being curious.
22/10/10
No comments:
Post a Comment