Tuesday, June 21, 2011

MERBAHAYANYA TIKUS DAN GADIS KECIL BERKUDA YANG BERSERI

Kugiran : Julian Si Blanka
Album : Cakap Budak Kecik
Musik : Merbahayanya Tikus dan Gadis Kecil Berkuda yang Berseri
Konsep : Kehilangan Gadis Kecil Kuat Membebel
Edit : jerkfreaks; Not Direct Translation But With Spontaneous

--------------------------------------------------------------

Kau ditipu-daya oleh orang yang inginkan mereka kelihatan bijak
Mereka berkeyakinan walaupun tenggelam di dalam arah yang gelap
Cuma orang yang berfikiran kebudakan yang cakapnya besar
Tujuh perihal dan pertanyaan kehidupan akan dikemukakan
Bahagianya dikasehi ianya takkan terlambat
Aku mahu membahagikan makananku tapi kau curi pingganku
Jadi sekarang, jadi sekarang ikutlah cara kau itu...huh

Wahai gadis kecil yang kuat membebel
Tunjukkan mereka apa itu kaseh dan sayang
Di mana masa pergi berlalu?
Dimana-mana pun ia telah hilang, hilang, hilang

Kau tahu tujuannya sekarang
Kau tonjolkan dirimu di dalam kawasan itu
Kau berkuasa sekarang
Kerana mereka mengingatkan kau gambarannya bagaimana sekarang
Namun kau masih mentah dan aku tak muncul lagi
Jika kau fikir aku tahu sedikit lebih dari itu
Maka keseluruhan mereka di jalanan adalah tidak betul
Dahulu aku mengong seperti dungu, tidak mendengar nasehat orang
Kau tahu aku cuma mahu berseronok, pergi kepantailah, kawan
Begitulah aku, aku cuma arjuna sederhana yang bercakap bila
Kau letak mikrofon di depan dia

Wahai gadis lincah yang suka membebel
Tunjukkan mereka apa itu kehidupan ini
Di mana masa telah berlalu?
Dimana-mana pun ia telah hilang

Berlari meninggalkan hubungan sesama insan
Pergi dalam putaran itu dan aku dah tak boleh tunggu
Terus berlari maka kita dapat gambarannya
Dapat gambarannya kerana kita tak dapat menafikannya

Terus berlari kerana aku sudah terlewat
Ye ke tidak, aku masih di tempat yang sama
Berlari dalam lingkaran hubungan sesama insan
Terus berlari daripada selok-belok tersebut

Dunia ini selalu merujakan tentang seberapa berjaya kejayaan kamu
Tapi tidak pula pada bagaimana kamu berjaya, amat menganehkan
Bunyinya agak mengagumkan dari panggilan bimbitmu
Membunuh jiran sebelah menyebelah bersama tulang dan ternakan mereka

Wahai gadis kecil yang kuat membebel
Tunjukkan pada mereka apa itu ketawa
Kemana hilangnya kemabukan itu?
Setiap malam ia menghilang

Kau pula pastikan ianya berhasil
Kau perlekehkan si gadis kecil
Tunjukkan pada mereka apa itu keperitan
Di mana masa telah berlalu?
Setiap malam ia telah hilang, hilang, hilang

Kaulah gadis paling selambe di dalam pekan ini
Ku cuma mahu berarak bersamaku mengeliligi.......

btr 10 a.m.

No comments:

Post a Comment