keraguanmu impimu semboyanmu
bebas dari tanah dan langit
inginkah kau bebas dan dilepas
menusuk terbang sepintas bicara
pancarkan orbit siaran tergendalamu
belenggu yang pernah kau dambakan
hayat yang hanya dikandung badan
bayang hanyalah bahagian gelap
sinar hanyalah bahagian cerah
bukan maksudmu begitu
perhatikanlah semula
hadamlah dan membesarlah
melepas lemas di arus deras
tak cukup masa 'itu'
juga hasil dari kesungguhan cahaya
kau dijatuhhukumkan kerana bertolak ansur
kau diberatkan lagi dengan amok
lalu kau lembut kau juga sayu
lenggokmu begitu mangimbangi
sarwa lelah rela dan terima
dunia materirealiti palsu tapi benar
mana mungkin capai akalmu
tekadmu hanya setitik peluhmu
No comments:
Post a Comment