Apabila
kau dilahirkan kau pasti akan dapat mengenalpasti apa itu perkara dari
tiada kepada ketiadaan. Kebudak-budakanmu akan terus membudak, keremajaanmu akan sentiasa remaja, ketuaanmu akan tetap tua. Kerana itu
kau sering memikirkan teka-teki manusia. Pendapat yang asing dan
berbeza, tujuan, kepentingan, apatah lagi keuntungan. Nafasmu menjadi
semakin sesak, namun jangan pernah
mengalah untuk berhenti mengarang cinta yang akan terus kekal menjadi
musuh kebencian, hanya itu yang dapat dikongsi. Setidak-tidaknya kau
cuba untuk bercakap benar bukan kebohongan. Tidak pula inginkan
melakukan penipuan apatah lagi menginiaya, mencuri, mahupun
bermuka-muka. Memiskinkan lagi apa yang sedia ada miskin, hanya akan
meruntuhkan pencapaianmu. Gapailah senyuman air mata yang asli dan tidak
sendirian memilikinya. Kerana kau yang sejati adalah kau yang sedar.
Kegelisahan manusia mengundang nekadmu menjadi pesalah.
Di-cop-mohor-rasmi-kan sebagai penjahat/pesalah kerana berdosa membuat
salah sepertimana yang disalahertikan dan itu kata mereka. Dihina kerana
mempetaruh nyawa, tidak kerana persona dunia yang menghimpit kehidupan
berkebudayaan yang tertindas atau kurang bernasib baik. Kesenangan juga
adalah satu ujian, sedari itu juga bukan kebetulan. Kemanisan
berjuta-juta janji yang berterabur berkejar-kejaran di dalam kebisingan
yang semakin kelam warnanya. Ketika hatimu diselimuti sesal, jangan
pernah untuk berhenti melangkah. Kau-kan terus belajar mengelak dari
penipu-penipu peraturan itu. Jangan pernah untuk melupakan
halaman-halaman yang kau banggakan kerana ia takkan jauh dari hati dan
cintamu.
Jangan asyik kau merungut menghadapi apa yang kau
tidak setuju dan tidak kau fahami. Berkenalanlah dengan cinta.
Tanganilah dengan mengenengahkaan cinta. Sebarkan kecintaan bukan
kebencian. Cinta juga boleh disalahertikan sebagai bentuk kegilaan dan
kegemaran, anti dan juga fanatik. Maka perhalusilah apa itu cinta.
Sebarkan tahap tertinggi dalam melahirkan mimpi-mimpi cintamu. Antilah
ketidakadilan dan fanatiklah kebahgiaan. Imbangi hadamanmu. Namun telah
menjadi fitrah kedua-duanya ada. Termaktub ianya berlaku sebagai
permainan dalam pertarungan atau sebaliknya pertarungan dalam permainan.
Pengorbanan lebih memuliakan. Untuk tidak buta dalam celik. Tidak bisu
dalam percakapanmu. Tidak juga pekak dalam pendengaranmu. Hidu-lah
keharuman dan kebusukan tanpa menipu apa yang kau hidu. Kenalpasti
setia-kasih itu bagaimana sebenarnya.
Pada anak-anak kecil,
jangan kau didik mereka dengan penerangan intelek semata. Imaginasilah
imaginasi mereka. Selarikan dengan realiti dan fantasi mereka agar bijak
berhemah saksama. Apa yang kau jawab akan kau tanggung. Minat dan
perhatian mereka tentu terpesong jika kau hanya menular anganmu sendiri
untuk mereka pikul (dalam diam) ketahuilah itu anganmu bukan angan
mereka. Yang dewasa matang pula jangan kau didik mereka dengan
penerangan tadika. Minat dan perhatian mereka juga tentu terpesong. Anak
kecil dahaga dengan rasa ingin tahu, yang tajam. Sang dewasa matang
dahaga dengan kepakaran sendiri iaitu yang asing dan masing-masing.
Mencipta koloni tersendiri dan di dalam kelompok yang berkelompok. Anak
kecil masih riang-ria berkongsi segala pelajaran baru-tanpa prejudis.
Orang dewasa matang hanya ingin bercerita super power diri, suram, dan
perseorangan. Belum termasuk golongan yang 'bebal' tidak kira
kanak-kanak atau golongan dewasa matang. Itu tentu meletihkan.
Kepandaian dan kebodohan adalah kelucuan yang gila. Jika dilihat dari
gambaran yang lebih besar, ini kegilaan dunia, bukan sekadar negeri ini.
Harga dan nilai itu tentu ditentukan oleh penilaian dan penghargaan.
Otak yang kecil mampu memikirkan hal-hal yang besar. Hal benda tersebut
adalah apa yang mampu difikirkan. Hal-nya boleh membesar, benda tetap
benda. Kegilaan menggelikan kelucuan dalam menakluki hal-hal yang kecil.
Hal-nya dan benda-nya adalah dua perkara yang berbeza. Namun saling
berkaitan. Setajam mana ingin diperhatikan adalah bergantung pada
segalanya atau semuanya.
No comments:
Post a Comment