Friday, June 20, 2014

GIE-LA-GE-LIE-LU-CHU........

Apabila kau dilahirkan kau pasti akan dapat mengenalpasti apa itu perkara dari tiada kepada ketiadaan. Kebudak-budakanmu akan terus membudak, keremajaanmu akan sentiasa remaja, ketuaanmu akan tetap tua. Kerana itu kau sering memikirkan teka-teki manusia. Pendapat yang asing dan berbeza, tujuan, kepentingan, apatah lagi keuntungan. Nafasmu menjadi semakin sesak, namun jangan pernah mengalah untuk berhenti mengarang cinta yang akan terus kekal menjadi musuh kebencian, hanya itu yang dapat dikongsi. Setidak-tidaknya kau cuba untuk bercakap benar bukan kebohongan. Tidak pula inginkan melakukan penipuan apatah lagi menginiaya, mencuri, mahupun bermuka-muka. Memiskinkan lagi apa yang sedia ada miskin, hanya akan meruntuhkan pencapaianmu. Gapailah senyuman air mata yang asli dan tidak sendirian memilikinya. Kerana kau yang sejati adalah kau yang sedar.

Kegelisahan manusia mengundang nekadmu menjadi pesalah. Di-cop-mohor-rasmi-kan sebagai penjahat/pesalah kerana berdosa membuat salah sepertimana yang disalahertikan dan itu kata mereka. Dihina kerana mempetaruh nyawa, tidak kerana persona dunia yang menghimpit kehidupan berkebudayaan yang tertindas atau kurang bernasib baik. Kesenangan juga adalah satu ujian, sedari itu juga bukan kebetulan. Kemanisan berjuta-juta janji yang berterabur berkejar-kejaran di dalam kebisingan yang semakin kelam warnanya. Ketika hatimu diselimuti sesal, jangan pernah untuk berhenti melangkah. Kau-kan terus belajar mengelak dari penipu-penipu peraturan itu. Jangan pernah untuk melupakan halaman-halaman yang kau banggakan kerana ia takkan jauh dari hati dan cintamu.

Jangan asyik kau merungut menghadapi apa yang kau tidak setuju dan tidak kau fahami. Berkenalanlah dengan cinta. Tanganilah dengan mengenengahkaan cinta. Sebarkan kecintaan bukan kebencian. Cinta juga boleh disalahertikan sebagai bentuk kegilaan dan kegemaran, anti dan juga fanatik. Maka perhalusilah apa itu cinta. Sebarkan tahap tertinggi dalam melahirkan mimpi-mimpi cintamu. Antilah ketidakadilan dan fanatiklah kebahgiaan. Imbangi hadamanmu. Namun telah menjadi fitrah kedua-duanya ada. Termaktub ianya berlaku sebagai permainan dalam pertarungan atau sebaliknya pertarungan dalam permainan. Pengorbanan lebih memuliakan. Untuk tidak buta dalam celik. Tidak bisu dalam percakapanmu. Tidak juga pekak dalam pendengaranmu. Hidu-lah keharuman dan kebusukan tanpa menipu apa yang kau hidu. Kenalpasti setia-kasih itu bagaimana sebenarnya.

Pada anak-anak kecil, jangan kau didik mereka dengan penerangan intelek semata. Imaginasilah imaginasi mereka. Selarikan dengan realiti dan fantasi mereka agar bijak berhemah saksama. Apa yang kau jawab akan kau tanggung. Minat dan perhatian mereka tentu terpesong jika kau hanya menular anganmu sendiri untuk mereka pikul (dalam diam) ketahuilah itu anganmu bukan angan mereka. Yang dewasa matang pula jangan kau didik mereka dengan penerangan tadika. Minat dan perhatian mereka juga tentu terpesong. Anak kecil dahaga dengan rasa ingin tahu, yang tajam. Sang dewasa matang dahaga dengan kepakaran sendiri iaitu yang asing dan masing-masing. Mencipta koloni tersendiri dan di dalam kelompok yang berkelompok. Anak kecil masih riang-ria berkongsi segala pelajaran baru-tanpa prejudis. Orang dewasa matang hanya ingin bercerita super power diri, suram, dan perseorangan. Belum termasuk golongan yang 'bebal' tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa matang. Itu tentu meletihkan. Kepandaian dan kebodohan adalah kelucuan yang gila. Jika dilihat dari gambaran yang lebih besar, ini kegilaan dunia, bukan sekadar negeri ini.

Harga dan nilai itu tentu ditentukan oleh penilaian dan penghargaan. Otak yang kecil mampu memikirkan hal-hal yang besar. Hal benda tersebut adalah apa yang mampu difikirkan. Hal-nya boleh membesar, benda tetap benda. Kegilaan menggelikan kelucuan dalam menakluki hal-hal yang kecil. Hal-nya dan benda-nya adalah dua perkara yang berbeza. Namun saling berkaitan. Setajam mana ingin diperhatikan adalah bergantung pada segalanya atau semuanya.

KNOW+LEARN

The attitude of knowing and understanding is the material that we always have to learn.

Look at the whole picture - pay attention - make a consideration - specific your interest - concentrate the detail and taste faculty - divided the iridescent style - analyse the pattern - think of everything one more time - try to understand - carefully handle the conflict

Use your mind not your head - use your heart not your emotion - prejudice is the criminal of your proportion - thinking about the pattern is to trust your feeling deep inside, but how to think deep - to produce the electron, you can't ignore the negative that is always needed by positive - the sharpen you look at positive and negative charge is the way to sharpen your conscious on paying attention to how you perceive something, to control the feeling that always evoke you - always compare the similarity and the differences - recognize and be aware of how objects evoke moods - separate you emotional and emotional perception.

Kinesthetic - miss understanding typically develop when knowledge of the person is limited. Emotion charged perception considerably influences not only memory but also thinking capacity. The way to avoid miss interpretation is to listen attentively, look carefully, and learn separate real information from feelings, opinion or rumors. Take some time to observe, then concentrate to the things and avoid the unnecessary. The idea of knowing kinesthetic - learn by doing.

LIFER

Living with integrity means: Not settling for less than what you know you deserve in your relationships. Asking for what you want and need from others. Speaking your truth, even though it might create conflict or tension. Behaving in ways that are in harmony with your personal values. Making choices based on what you believe, and not what others believe. Never separate the life you lead from the words you speak. People are illogical, unreasonable, and self-centered - Love them anyway. To believe in something, and not to live it, is dishonest. Remember that wherever your heart is, there you will find your treasure. Think big anyway.