Solipsism iaitu pengetahuan menurut ungkapan diri sendiri yang bersifat kepada kepentingan diri sendiri juga bersifat lebih peribadi. Karya menggunakan cermin biasan sebagai objek simbolik kepada persoalan renung, tenung, dan menung dan juga persoalan berkenaan memori. Karya adalah lebih kepada bentuk pengalaman peribadi jika dilihat pada objek yang dilukis. Seni adalah berkenaan sesuatu yang sudah berlalu dan keberadaan ‘sekarang’ ataupun masa ini.
Idea catan mulanya mengangkat kepada persoalan Descrates (I, me and myself) , persoalan berkenaan kewujudan dan keberadaan. Buah pendapat ataupun idea yang mempersoal tentang penerokaan ilmuan yang ada, samada pengaruh dari sumber Timur dan juga Barat. Cara berfikir secara rasional dasarnya diperkenal oleh ahli-ahli fikir Barat melalui pembahasan ahli-ahli falsafah Islam terhadap falsafah Yunani yang dilakukan, antaranya Al- Khandi (809-873), Al- Farabi (881-961), Ibnu Sina (980-1037) dan Ibnu Rusyd (1126-1198).
Teka teki dan misteri berkenaan ‘cermin diri’, di dalam melihat diri sendiri, renung, tenung dan menung adalah satu tindakan atau pemahaman psikologi dalam memahami perbuatan tersebut. Segala perkara disimpulkan pada baik buruknya, secara positif serta negatifnya, dan kitaran-kitaran ini sering dijadikan perkara dibawah timbang tara. Terdapat banyak pendapat dan tanggapan berkenaan cermin (cermin muka @ cermin biasan).
Karya cuba untuk menyampaikan atau merangsang audien tentang keadaan memerhati, memikir dan menyelami sesuatu yang tidak hakiki. Kekeliruan tentang keberadaan perantaraan atau persoalan persepsi dan keindahan. Daripada persepsi kita dapat mempertingkatkan daya fikir tentang keadaan kebenaran mahupun realiti. Persoalan berkenaan ‘cermin jiwa’ membawa kepada kepercayaan yang bersifat universal seperti terdapat tenaga yang menggerakkan sesuatu.
Satu entiti yang bersifat secara ‘spiritual’ seperti ‘tenaga’ yang menyebabkan kita membuat pilihan, membuat keputusan dan sehinggalah kepada perkara yang menyebabkan seseorang itu bertindak. Faktor-faktor agama pula dijadikan perantaraan ‘batas’ kepada tindakan tersebut. Identiti dan karakter seseorang adalah dipengaruhi dengan apa yang diperolehi dan dipercayai.
Keperibadian adalah bersifat bebas di dalam apapun yang ingin dipercayai, dan terdapat fenomena yang kompleks dan menarik untuk diterokai. Kebolehan membaca bahasa cuba diterapkan di dalam kebolehan membaca visual. Kita hanya percaya dengan apa yang kita ‘baca’. Samada pembacaan dengan membaca huruf dari buku atau media lain, membaca dengan melihat, membaca dari pengalaman dan lain-lain lagi. Melihat ‘pembacaan’ ini sebagai bayangan persepsi.
Kadangkala perkara yang mudah dan ringkas cuba dirumitkan atau di kupas sedalam-dalamnya, dan sebaliknya perkara yang rumit cuba dipermudahkan. Satu fenomena berkenaan tentang kesenangan visual dan pemikiran visual adalah kerangka perkembangan kajian.
Interaksi diantara [ mata – objek - warna – tindakan] psikomoto, memberi pengalaman yang menarik bagi saya. Perasaan ingin tahu dengan ‘memaksa’ untuk melihat selerakan warna yang ada dan memutuskan warna apa yang ingin dipalitkan kesan daripada persepsi dan sensasi hasil daripada penerimaan warna kepada mata. Interaksi yang saling berkait ini menjadi perhatian di dalam kajian karya saya pada kali ini.
No comments:
Post a Comment