Kemungkinan ini adalah nota aku yang mungkin tidak berguna pada orang lain selain aku untuk membacanya. Namun jangan ‘berhingus’ apa-apa jua setelah kalian ada yang membaca bicaranya. ‘Don’t stay in comfort zone’ pesan teman petang tadi banyak memberi semangat baru untuk membuat perancangan baru tentang apa yang disukakan dan dipertaruhkan iaitu ‘seni’. Baru menamatkan pengajian ijazah di salah satu institusi ulung yang macam bangkai, mungkin terlalu melampau pujian sebegini. Tapi itu rasanya, siapa tahu? Walaupun tak pasti lagi kelulusan yang juga dibawah perjudian telur rebus jatuh dari tingkat teratas KLCC, kalau tak pecah kira nasib menyebelahi angin kudrat tak tentu ini. Perbualan bersama abang pujaan yang banyak membantu aku melihat diri dalam melihat orang lalu melihat diri sendiri. Market atau bahasa orang kita ‘pasaran’ adalah topik besar bersama abang saudara yang tak ada hubungkait mengikut kata atau alasan manusia yang hanya ingin menjurangkan hubungan sesama manusia. Pasti ianya tetap menjadikan aku bersemangat semula menuju impian yang makin tak keruan ini. Semangat itu jangan sekali-kali diperkecilkan, dan semangat juga jangan dimanjakan.
Tali pengikat sesama manusia adalah hati budi dan kepercayaan, penimbal kepelikan bagi masyarakat yang semakin membesarkan kepala dengan setiap kepelikan ini adalah dari cogan kata ‘berfikir dari luar kotak’. Namun memang manusia tak lari dari harapan, di mana ‘aku’ mengharap ‘kau’ tak lari dari apa ‘aku’ percaya. Jika lari atau tak sama, apa lagi? Mulalah tindakan nak memperbetul dan yakinnya diri ‘itu’ betul. Niat dalam harapan dan sayang makin menjadi kucar kerana tidak mampu membezakan dan menganalisa apa yang diri sendiri mahu dan juga tamak untuk mahukan apa yang orang lain turut serta kerana tema kita kali ini adalah ‘Comfort Zone’ itu tadi. Berseorangan sememangnya menakutkan. Tapi apa itu saat berseorang dalam melihat perorang-orangan. Haha….katakan pening bukan penutup bagi bicara sebegini. Apa?........
Batas diri biasanya disamakan dengan apa yang dimahukan bagi seseorang yang sukakan misi. Misi-misi ini pula senantiasa mengkehendaki yang terbaik dari apa yang pernah dicapai. Dimana penghujungnya biasanya jarang dijadikan persoalan kerana bukan itu yang dikehendaki. Melihat, merancang, melakukan, dan menantikan lalu merasakan. Satu proses yang jarang-jarang diambil peduli oleh kita-kita. Kenapa ya? ‘ Zon Selesa’ ya mungkin,… tidak-pasti? Strategika atau tangkap muat, siapa tahu? Impilah seluas-luasnya supaya maju ‘itu’ tidak menidakkan daya kehadapan itu. Tak mungkin maju diletak pada daya kebelakang, kerana apa? Janggal bukan?. Aku ambil balik ‘berfikir DARI luar kotak’, simpulan apa ini? Ada yang mengandaikan ‘langgar’, ada yang menggandaikan ‘unik’, dan kebiasaannya mengandaikan ‘sudut yang berlainan’. Soalan yang timbul ‘DARI’ luar kotak tadi menunjukkan persoalannya yang perlu disedari adalah FIKIR itu sentiasa atau sahihnya masih di dalam kotak. Anehkan? Kalau mahu ambil tahu, tahu tentang apa? Persoalan yang makin menarik, maruah, soal penting diri sendiri, prinsip, tali persahabatan (persaudaraan), tikam, makan, talam, dan macam-macam lagi. Atau jalan mudah kata tema Nabil ‘Lu Pikir La Sendiri?’ Apa?....
Makin menarik perbualan makin menarik daya penariknya,.. jiwa muda. Jiwa tak pernah tua mungkin, segar senantiasa. Itulah ‘daya’, mungkin misteri, mungkin logik, mungkin emosi. Siapa nak persoal soal jiwa, gila nanti kata sekeliling. Atau itu jawapan kebiasaan penghuni ‘Zon Selesa’, siapa pula tahu persoalan ini hanya sia-sia. Mana pula perkara paling berfaedah kerana hanya inginkan ‘faedah’. Berselesa bukan-menanya menjawab sendiri? Atau ini ‘gila’, silakan menunjukkan perkara tak dapat nak tunjuk atau me-nunjuk ini. Tergelak-kan? Maksudnya terpetik deria lucu atau memperlekeh atau rasa diri ‘good-good’. ‘Nobody Perfect’ itu jawapan? Atau tak payah susah-susahlah hidup ni ‘simple’ jer…’complicated’ tu apa pulak? MATI mungkin? Atau ini bukan persoalan? Sepertimana BODOH mula diselularkan pada pemikiran ‘kita’ yang sering nakkan ‘rasa’ diatas dari yang dibawah. Biasalah ‘Zon Selesa’, baru ada persaingan-‘rasa’nya. Hebat bukan me’rasa’ ini. Kenapa kasta ini diterap pada BODOH-PANDAI untuk menjurangkan muda-mudi juga tua-tui yang tak kurang hebatnya. Hebat bukan? Apa?.........
Kebiasaan- diulang KEBIASAANNYA, pandailah ‘kamu’ biasa didalam ‘Zon Selesa’. Beselesa adalah tujuan kita yang makin gah kenegaraan jati ilmuannya? Biasalah ‘Nobody Perfect’? Mungkin betul juga-bukan? Siapa tahu,….‘Nobody Perfect’? Etika kadangkala mencabar ketulusan mata melihat secara hasutan membawa tindakan yang tidak punya kewarasan. Haha…apa-gila? Tunjukkan ‘jiwa’ atau tunjukkan ‘kejayaan’ diperbandingkan dengan tunjukkan ‘ketulusan’ atau tunjukkan ‘kekayaan’. Kemudian kembangkan pula pada kesederhanaan dan kepuasan, samabandingkan dengan pendalaman dan keluaran. Tidak selesa bukan? Bagaimana pula dengan kebijaksanaan dan keindahan mungkin lebih menceriakan soalan menjawab ini? Kenapa tak ada lagi ‘rasa’ tidak selesa? Senyum? Adil? Seimbang? Setuju? Drama memang beremosi, bila makin tidak tulus, alasannya ‘Nobody Perfect’, selesa bukan? Kenapa soalan ini pula? Apa?......
Kegilaan pemikir pada yang tak mahu berfikir pun? Apa?.......
Sampaikan pada lubuk lubang hati dekat-dekat dengan hempedu?
Kelat dan legap? Apa?........
6.30a.m BTR, Cheras
No comments:
Post a Comment