Tuesday, March 15, 2011

Keliling Kampus Dunia


Reflex Reflection 5- Momento After





Monday, March 14, 2011

Reflex Reflection 4





Reflex Reflection 3




Reflex Reflection 2




Reflex Reflection 1




yangmungkin

Seniman sering menciptakan kesedaran sosial berdasarkan realiti tersendiri. Seniman di tuntut menciptakan dunia khayal atau fiksyen tertinggi. Menemukan struktur-struktur tertentu terhadap alam. Penemuan struktur ini membawa kepada penghasilan satu dunia baru, iaitu dunia yang mungkin bukan seperti dunia yang kita kenali atau dunia apa adanya. Kemungkinan yang meyakinkan adalah lebih baik dari kemungkinan yang tidak meyakinkan. Seni berkemungkinan bertindak seperti sejarah, iaitu mencipta peristiwa atau kenyataan fakta dan khusus. Namun di sebalik itu juga, seni mampu menunjukkan ciri-ciri utama dan universalnya yang berlaku untuk zaman apapun.

Sebuah karya seni yang baik sememangnya bukan sahaja bergantung ilmu pengetahuannya yang jelas batas dan isi pengertiannya. Keberkesanan dari segi komunikasi karya dan juga kualiti karya adalah bergantung kepada strategi visual seseorang seniman. Sebuah karya seni juga di sebut seni apabila ia berhasil memberi ransangan daya hidup dan daya cipta bagi penerimanya (audience). Ada ucapan ‘klise’ yang menyatakan karya ini ‘mati’ dan karya ini ‘lebih hidup’. Inilah mulanya seni dilihat dari konteks pengalaman seni.

Melalui penglihatan, manusia juga cuba memahami sesuatu. Sesuatu yang mungkin dapat dijadikan timbangtara untuk manusia cuba memahami sejauh mana hakikat mahupun potensi manusia itu sendiri juga persoalan terhadap batas potensi seni berkembang. Sepertimana hakikat keupayaan manusia dalam memperolehi pengetahuan di dasarkan pada tiga masalah asas iaitu: Apakah yang ingin kita ketahui? Bagaimanakah kita memperoleh pengetahuan? Dan apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?

Ilmu seni bukan sahaja mencari ‘kelainan’ atau keganjilan dan juga keberkesanan pada karya, tetapi juga soal bagaimana seniman berfikir untuk membuat sesuatu karya. Seniman menghasilkan sesuatu karya dengan minat yang mendalam, dan berfikir menjadikan seniman lebih matang dan berpandangan jauh. Persepsi seniman terhadap dunia membentuk kualiti moral dan rasional tentang dunia yang ingin diperlihatkan dan perlaksanaannya yang sihat.

Kepercayaan, tradisi, merupakan simbol pragmatism (world of mind) dan cabang dari bidang pemikiran falsafah. Setiap bidang mencari dasar paling asas dalam pengetahuan yang berbeza-beza. Perantaraan yang mengangkat deria indera dan akal budi sebagai ilmuan falsafah tersebut. Namun tidak semua falsafah tidak yakin tentang adanya dasar pengetahuan manusia. Para cendiakawan, misalnya menolak semua perkara-perkara tersebut dan berpegang persoalan-persoalan timbang tara pada ukuran manusia itu sendiri. Manusia adalah ukuran segalanya, tegas Pratogoras. Pencarian kepastian adalah usaha sia-sia dan tidak relevan dengan kehidupan seharian yang kini bersifat pluralis.

Di dalam budaya visual atau karya visual, menjadi tabiat manusia sering ingin melihat keserupaan sesuatu gambaran dengan objek luar (external) berdasarkan pengalaman dan pengamatan masing-masing. Peniruan dan penyerupaan ini dimainkan dalam konteks bahasa untuk disampaikan mahupun untuk diterangkan. Dalam sistem bahasa yang bersifat gambar (pictural language) pula, seniman menjadi model sebagai apa yang ingin disampaikan melalui teknik dan pemahamannya tentang kualiti gambaran visualnya. Apa yang terkesan (impress-internal) dijadikan perantaraan untuk diluahkan (express-external).

Gaya seni pula muncul kerana seniman berkehendak untuk mencari hakikat seni. Pencarian diri melalui seni iaitu dengan mencari hakikat manusia. Sejauh mana potensi yang dimiliki manusia di dalam mencari hakikat seni atau kesenian. Persoalan tentang ‘rasa’ dimana manusia mampu mempunyai perasaan yang tajam seperti kagum, terharu, dan lain-lain lagi. Seni berlaku atas dasar rasa, mungkin menjawab kepada kreativiti- bermula dengan merasakan tidak puas. Manusia kreatif adalah manusia yang mempunyai gambaran baru, pandangan baru, konsep baru, sesuatu yang sifatnya lebih dasar (essential). Seiring dengan persoalan-persoalan berfikir, akal adalah sesuatu bukti atau rifleksi kepada daya fikir seseorang. Persoalan-persoalan kepada kesedaran (conscious) atau keprihatinan yang membangun (awaken concern) yang membawa kepada pertikaian ego.

Sejarah pencarian berkenaan kepastian diteruskan sehinggalah ke Socrates. Pada abad ke-17, Socrates menegaskan perkara berkenaan ‘cogito ergo sum’ (aku berfikir maka aku ada). Subjek adalah aku yang sedang berfikir dan objek adalah alam material yang bertindak sebagai pengendali hukum-hukum alam yang ditetapkan. Hal yang demikian membawa kepada fokus tentang falsafah dari objek kepada subjek pengetahuan. Ini menunjukkan kemunculannya bidang falsafah yang di sebut epistemologi (dasar asal-usul,ketulenan). Displin yang menyelidiki pengetahuan manusia dalam rangka mencapai kepastian. Menurut Descrates, kepastian pengetahuan terletak pada apa yang aku yang sedang berfikir. Fikiran adalah satu-satunya fakulti mental yang tidak menimbulkan keraguan. Berbeza dengan panca indera atau sistem deria yang lain. Namun indera dan akal sama-sama bekerja dalam menghasilkan pengetahuan yang pasti. Indera menyediakan bahan mentah, manakala akal mengolahnya dengan kategori-kategori logik. Panca indera adalah batas akal.

Sebuah pemikiran yang amat berpengaruh pada abad ke-20, sebuah fahaman falsafah baru yang cuba merungkai fahaman dualism. Fenomenologi (gejala) adalah sebuah kaedah pemikiran, ‘a way of looking at somethings’. Berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘phainomenon’ iaitu phainomai- menampakkan diri @ penampilan dan logos- akal budi. Ilmu tentang penampakan adalah ilmu tentang apa yang menampakkan diri kepada pengalaman subjek. Perkara ini juga berbeza jika dilihat pada cara berfikir seseorang ilmuan. Aspek-aspek ilmuan biasanya meyakinkan orang lain dengan mengajukan pembuktian hasil eksperimen-eksperimen tertentu. Hal yang demikian adalah berbeza dengan perkara-perkara yang berlaku dalam konsep fenomenologi. Kaedah berfikir sebegini mulanya diperkenalkan oleh Edmund Husserl (1859-1939), seorang ahli falsafah German. Antara ahli falsafah lain adalah McTaggart (idealis), Kierkegaard(eksitensi), Frege Derrida(postsrukturalis). Menurut Husserl, fenomenologi adalah sebagai satu displin falsafah yang akan melukiskan segala pengalaman manusia. Kemudian kaedah ini diperkembangkan dari segi pengmaknaan fenomenologi tersebut. Fenomenologi dikatakan sinonim dengan cara mengdiskripsikan seluruh gejala kesedaran; sedangkan yang menjadi subjek pembelajaran adalah hakikat atau makna yang tampak sebagai gejala (fenomena) dalam kesedaran.

Perbezaan antara fenomena (apa yang tampak) dan noumena (sesuatu di sebalik penampakan-sesuatu yang tersembunyi). Satu displin dalam meneruskan pencarian kepastian dengan modul yang berbeza. Pengetahuan manusia yang terbatas kini adalah lebih berdasarkan dan terbentuk secara fenomenologi. Konsep ini adalah bertunjangkan tentang hal memahami kesedaran (conscious) yang menghala kepada realiti, iaitu kesedaran tentang sesuatu. Persoalan yang hadir dengan adanya subjek dan objek. Subjek iaitu sesuatu perkara yang mengarahkan diri (kesedarannya) kepada objek, dan kesannya muncul pada sudut pandang (sight). Fenomenologi adalah fenomena atau gejala kesedaran dengan aktif menangkap hakikat objek dan berkenaan jarak dan ketidaksempurnaan subjek dan objek. Kesedaran tentang subjek yang tidak dapat mengobjektifkan objek, melainkan menghayati, mengalami objek untuk menangkap hakikat dan maknanya.

Pemikiran juga berasaskan keinginan rasa ingin tahu dan berkaitan dengan daya untuk mendapatkan pengetahuan tersebut. Muncul pula persoalan tentang kesedaran (conscious), yang sering difahami; sedar itu muncul dari yang tiada. Sesuatu perkara yang sukar dijelaskan secara external kerana kesedaran bersifat internal. Konsep kepada realiti kehidupan, materialistik, dan realiti yang kelihatan melalui deria. Kemudian bagaimana dengan apa yang kita alami dan kehadirannya di dalam kesedaran kita. Dengan itu, fenomenologi merupakan cara dan kaedah pendekatan dengan tujuan memperoleh pemahaman tentang bagaimana sesuatu muncul @ tampil dan menjadi pengalaman kesedaran kita.

“ Saat saya melihat apel di depan saya, saya melakukan “persepsi luar”. Namun ketika saya sedar bahawa saya sedang melihat epal, maka saya telah masuk ke proses “persepsi dalaman”. Persepsi saya terhadap apel berbeza dengan persepsi tindak balas mental saya ‘melihat epal’

Franze Bretano

Kaedah ini telah menarik perhatian Martin Heidegger (1889-1976), seorang ahli falsafah kebangsaan German. Falsafah berkenaan fenomenologi ini di bawa kepada psikologi dan menjurus kepada psikoterapi dan analisis fenomenologi. Psikoterapi digunakan untuk malihat gejala keberadaan dan pengalaman manusia, juga digunakan untuk praktik psikoterapi pada subjek (pesakit dan pelanggan) yang memerlukan penerangan terhadap masalah-masalah yang wujud seperti kehampaan, kegelisahan, skitzofernia, dan lain-lain lagi. Kajian psikologis adalah demi mengungkap keberadaan manusia pada taraf empiris (ilmu dari pengalaman dari deria @ fenomenal). Bukan sekadar teori sahaja bahkan kajian tersebut turut mempraktikkan terapi terhadap individu-individu yang mengalami gangguan psikologi.

Fenomenologi adalah pendekatan atau cara melihat sesuatu. Situasi ini adalah diatas faktor fakta dan keberadaan seadanya sesuatu yang menandai keberadaan manusia yang tidak dipilih mahupun terpilih oleh manusia itu sendiri. Iaitu perantaraan waktu dan ruang tentang tempat kelahiran, genetik dan bangsa. Manusia bukan sahaja menyedari kesedarannya dalam suatu situasi, melainkan dengan melaluinya sebagai satu dunia yang dihayatinya dengan struktur dan makna tersendiri. Setiap cara hidup manusia adalah sebagai satu peluang untuk berbagai kemungkinan. Tindak balas manusia dalam sesuatu situasi dilihat oleh kesanggupannya.

Pengamatan terhadap suatu gejala, sebagai contoh; jika seseorang sedang membaca tulisan maka kata-kata atau kalimah tertentu yang dipandang tidak penting, tetapi amat perlu untuk membantu memahami dan menjelaskan makna yang hendak disampaikan. Begitu juga dengan proses mengamati makna sesuatu gejala. Kesedaran manusia mendapat perhatian dan pengkhususan dalam penyelidikan dan kajian fenomenologi. Hasil daripada penyelidikan terhadap gejala kesedaran menunjukkan bahawa kesedaran pada dasarnya adalah suatu aktiviti mental (neotic) yang menjurus kepada sesuatu objek yang disedari (noematik). Dunia manusia bukanlah sekadar kenyataan objektif tetapi juga dunia sebagaimana dialami dan dihayati secara subjektif, dunia yang telah diciptakan dan dimaknai.

Penulisan secara ‘solipsisme’

Solipsism iaitu pengetahuan menurut ungkapan diri sendiri yang bersifat kepada kepentingan diri sendiri juga bersifat lebih peribadi. Karya menggunakan cermin biasan sebagai objek simbolik kepada persoalan renung, tenung, dan menung dan juga persoalan berkenaan memori. Karya adalah lebih kepada bentuk pengalaman peribadi jika dilihat pada objek yang dilukis. Seni adalah berkenaan sesuatu yang sudah berlalu dan keberadaan ‘sekarang’ ataupun masa ini.

Idea catan mulanya mengangkat kepada persoalan Descrates (I, me and myself) , persoalan berkenaan kewujudan dan keberadaan. Buah pendapat ataupun idea yang mempersoal tentang penerokaan ilmuan yang ada, samada pengaruh dari sumber Timur dan juga Barat. Cara berfikir secara rasional dasarnya diperkenal oleh ahli-ahli fikir Barat melalui pembahasan ahli-ahli falsafah Islam terhadap falsafah Yunani yang dilakukan, antaranya Al- Khandi (809-873), Al- Farabi (881-961), Ibnu Sina (980-1037) dan Ibnu Rusyd (1126-1198).

Teka teki dan misteri berkenaan ‘cermin diri’, di dalam melihat diri sendiri, renung, tenung dan menung adalah satu tindakan atau pemahaman psikologi dalam memahami perbuatan tersebut. Segala perkara disimpulkan pada baik buruknya, secara positif serta negatifnya, dan kitaran-kitaran ini sering dijadikan perkara dibawah timbang tara. Terdapat banyak pendapat dan tanggapan berkenaan cermin (cermin muka @ cermin biasan).

Karya cuba untuk menyampaikan atau merangsang audien tentang keadaan memerhati, memikir dan menyelami sesuatu yang tidak hakiki. Kekeliruan tentang keberadaan perantaraan atau persoalan persepsi dan keindahan. Daripada persepsi kita dapat mempertingkatkan daya fikir tentang keadaan kebenaran mahupun realiti. Persoalan berkenaan ‘cermin jiwa’ membawa kepada kepercayaan yang bersifat universal seperti terdapat tenaga yang menggerakkan sesuatu.

Satu entiti yang bersifat secara ‘spiritual’ seperti ‘tenaga’ yang menyebabkan kita membuat pilihan, membuat keputusan dan sehinggalah kepada perkara yang menyebabkan seseorang itu bertindak. Faktor-faktor agama pula dijadikan perantaraan ‘batas’ kepada tindakan tersebut. Identiti dan karakter seseorang adalah dipengaruhi dengan apa yang diperolehi dan dipercayai.

Keperibadian adalah bersifat bebas di dalam apapun yang ingin dipercayai, dan terdapat fenomena yang kompleks dan menarik untuk diterokai. Kebolehan membaca bahasa cuba diterapkan di dalam kebolehan membaca visual. Kita hanya percaya dengan apa yang kita ‘baca’. Samada pembacaan dengan membaca huruf dari buku atau media lain, membaca dengan melihat, membaca dari pengalaman dan lain-lain lagi. Melihat ‘pembacaan’ ini sebagai bayangan persepsi.

Kadangkala perkara yang mudah dan ringkas cuba dirumitkan atau di kupas sedalam-dalamnya, dan sebaliknya perkara yang rumit cuba dipermudahkan. Satu fenomena berkenaan tentang kesenangan visual dan pemikiran visual adalah kerangka perkembangan kajian.

Interaksi diantara [ mata – objek - warna – tindakan] psikomoto, memberi pengalaman yang menarik bagi saya. Perasaan ingin tahu dengan ‘memaksa’ untuk melihat selerakan warna yang ada dan memutuskan warna apa yang ingin dipalitkan kesan daripada persepsi dan sensasi hasil daripada penerimaan warna kepada mata. Interaksi yang saling berkait ini menjadi perhatian di dalam kajian karya saya pada kali ini.