Sunday, May 24, 2009

Perlu Bangun Untuk Berjalan ii

2009
mix media



DARIPADA KESUNYIAN


Daripada kesunyian

Kita lelapkan mata

Biar minda beterbangan

Alam semesta tidak sepi

Begitulah selalunya


Daripada kesunyian

Kita apungkan kebenaran

Meronta percikan

Menikam keliling

Gundah benak rasa

Ke bila-bila


Daripada kesunyian

Itulah sebenarnya

Mewarnai kebisingan

Antara kota memekak

Dengan lukisan perang

Benua pelosok sengketa


Daripada kesunyian

Ya, Allah

Gema azan selalunya berkumandang

Hanya insanlah lalai

Memekak penghayatan

Sebegitunya



November 1999, Langkawi

PERISA, Jurnal Puisi Melayu 9/2001


( Jamaludin Darus, Telah Sampai Aku di Sempadan Aura Membelit Kehadiranku, 2006. Pustak Gunung Pulau, Kuah, Langkawi, Kedah.)


No comments:

Post a Comment