Friday, July 17, 2009
Batasku
Bataskupun terbatas
Sungguhpun kiraku hanya pada batasan
Takkan terduga kemana perginya
Takkan cukup apa yang kita baca
Takkan cukup apa yang kita tahu
Apakah itu?
Ketamakan, ketakutan, kemahuan, keinginan
Apakah itu?
Ya tidak, betul salah
Mencari relevan demi berpada-pada
Cara melihat realiti dan realiti
Komunikasi itu ilmu tersebar
Ilmu dalam bentuk bahasa
Bahasa; bangsa itu
Bahasa; sistem itu
Bahasa; pendirian itu
Bahasa; jiwa itu
12 julai 2009
11.40 p.m.
Wednesday, June 24, 2009
Pahitpun ku telan jua
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Apakan daya luah mati emak telan mati ayah
Dikurniakan zuriat sememangnya rezeki
Takkan siapa faham akan apa mahumu
Berjaya definisi manusia itu sendiri
Tak lagi terkejar-kejar hina itu
Sedang diri makin ingin berjaya
Lupa akan hina itu apa
Berkorban apa sahaja
Harta mahupun nyawa
Itulah kasih mesera
Sejati dan mulia
Apa mahumu
Kepentingan sendiri tidak diingini
Bahagia ke-kasih saja yang diharapi
Apa mahumu
Kadang pula ingin sentiasa gembira
Namun yang selalu datang adalah duka
Bukan menduga tapi menyedar
Apa lagi mahumu
Tidak terkira lagi jauh ingin berjalan
Bermainlah sepuas-puasnya
Sungguhpun main itu bukanlah apa
Kau tahu apa mahumu
Kau hanya percaya apa yang kau mahu lihat
Sungguhpun kau mampu melihat
Jangan sekali menidakkan apa yang telah kau lihat
Lihatlah sepuas-puasnya
Yang tinggal hanya kata-kata
Semalam takkan berulang
Esok takkan tahu
Sedetik tadi bukan sedetik kejap lagi
Jiwa bukan mainan
Walau intan walau permata
Sayang bukan gurauan
Oh...o..o pujaan
Nukilan bebelan hasil perut kosong
06.07 am
29/6/1430
Thursday, June 18, 2009
(Tanpa Tajuk)
Terbit matahari menyinar alam
Biar pergi hari semalam
Semailah hari ini sebaik mungkin
Mungkin esok ada harapan
Lihatkah sakti dari hati
Indahnya takkan mati
Difikiran bukan mainan
Ilmu itulah perbuatan
Akal jangan dipalang
Bayang-bayang bukan penghalang
Semua bagai mimpi
Bertanya mana realiti
SAHABAT
Yang manjadi sahabat
Dan meneruskannya sebagai sahabat
Kisah epik yang terhebat
Bagai Tuah dan Jebat
Masa berlalu terlalu cepat
Penuh dengan ceritanya yang padat
Tak dapat dihalakan dengan tepat
Segalanya masih belum terlambat
Kerana dunia kita bulat
Namun diancam serangan kulat
Membezakan antara pangkat
Dan kebesaran darjat
Bagaikan hujan yang turun dengan lebat
Seperti air yang telah dikerat-kerat
Dalam mencari keihklasan taubat
Semoga kita tidak terjerat
SIMFONI
Seringkali kita berpaut pegang pada apa yang kita mahu lihat
Bukanlah satu kongkongan walaupun masih dalam selaput itu sendiri
Menanam satu janji, satu perjuangan, satu tohmahan
Mengisah perjalanan dalam pengalaman
Kisah yang penuh gaya penceritaan
Kadangkala membuat manusia itu sendiri tidak kisah
Terkeliru antara perasaan dan perasan
Namun ianya tetap dentingan pada setiap manusia yang mana adalah insan
Roda yang mana pasti akan berfungsi mengikut paksinya
Rumit sudah sememangnya bukan benda yang mudah
Mudah pula semestinya benda yang tidak merumitkan
Namun yang rumit itulah yang memudahkan
Dan yang mudah itu pula akan merumitkan
Memberi beza pada menung, tenung, dan renung
Cheras,KL